Utusan Borneo (Sabah)

Gaduh, lari ke tengah jalan

-

KUCHING: Seorang wanita warga asing yang dikatakan berselisih faham dengan suaminya bertindak berlari ke tengah jalan raya di Jalan Song di sini dipercayai cuba bunuh diri, malam Ahad.

Menurut sumber, insiden berlaku sekitar tengah malam apabila wanita berusia sekitar 30-an itu dilihat tiba-tiba meluru ke tengah jalan menyebabka­n beberapa kereta terpaksa mengelak daripada terlanggar­nya.

Difahamkan, wanita terbabit turut mencederak­an dirinya dengan senjata tajam yang dibawanya.

“Ada pihak mengatakan dia bergaduh dengan suaminya sehingga dia nekad bertindak sedemikian.

“Selepas cuba dipujuk oleh orang awam, dia masih enggan beredar dari tengah jalan menyebabka­n orang awam terpaksa menghubung­i anggota kereta peronda polis (MPV) yang kemudian berjaya memujuknya,” kata sumber.

Wanita terbabit yang mengalami kecederaan di kepala dan tangan kemudian diserahkan kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan seterusnya dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatka­n rawatan lanjut.

 ??  ?? KEADAAN Jalan Song semasa wanita terbabit bertindak lari ke tengah jalan.
KEADAAN Jalan Song semasa wanita terbabit bertindak lari ke tengah jalan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia