Utusan Borneo (Sabah)

Anak syarikat AZRB peroleh kemudahan perbankan RM100j

-

KUALA LUMPUR: Matrix Reservoir Sdn Bhd, anak syarikat 51 peratus milik Ahmad Zaki Resources Bhd (AZRB) telah memperoleh kemudahan perbankan bernilai RM100 juta daripada Affin Bank Bhd.

“Tujuan kemudahan perbankan tersebut adalah untuk menambah perbelanja­an modal umum dan keperluan modal kerja Matrix Reservoir berhubung operasinya di Pangkalan Bekalan Tok Bali di Kelantan,” kata kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia barubaru ini.

AZRB berkata, ia akan menjadi penjamin korporat bagi kemudahan pinjaman tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia