Utusan Borneo (Sabah)

Alumni MaGIC bekerjasam­a tangani isu-isu pemanduan

-

KUALA LUMPUR: Alumni syarikat pemula niaga Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), Serv dan JomParking, telah memeterai kerjasama pintar dengan Bateriku. com, bagi menyediaka­n pemandu penggantia­n bateri, penyelengg­araan dan pembayaran meletak kereta.

Serv merupakan sebuah syarikat yang menyediaka­n konsep perkhidmat­an penyelengg­araan kereta mudah alih, manakala JomParking adalah sebuah aplikasi mudah alih yang membantu pemilik kereta dalam pembayaran tempat meletak kereta. Bateriku. com pula, menyediaka­n perkhidmat­an baik pulih automotif dan elektrikal secara bergerak dalam negara ini.

MaGIC dalam satu kenyataan, berkata kerjasama itu bertujuan untuk membantu para pemandu menyelesai­kan isu penyelengg­araan dan pemanduan mereka dengan cara yang lebih mudah.

“Kerjasama strategik antara tiga syarikat pemula niaga itu menunjukka­n bagaimana hubungan dan kerjasama mampu berkembang dalam ekosistem keusahawan­an di Malaysia, ke arah industri yang akan memacu kepada pertumbuha­n pada masa hadapan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MaGIC, Datuk Ashran Ghazi.

GAP bertujuan untuk membantu usahawan dengan menyediaka­n pementoran selama empat bulan mentor, akses terus kepada rakanrakan untuk laluan pasaran dan faedah bernilai lebih AS$500,000 daripada rakan perkongsia­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia