Utusan Borneo (Sabah)

Priceworth sasar konsensi FMU5 Sabah bernilai RM433.8 juta

-

KUALA LUMPUR: Konsesi pembalakan Unit Pengurusan Hutan 5 (FMU) di Sabah, yang sanggup dibayar pada harga RM260 juta oleh Priceworth Internatio­nal, telah dinilaikan lebih tinggi iaitu pada RM433.8 juta.

Kumpulan pembalakan dari Sandakan itu, berkata ia mempunyai opsyen tunai yang akan mengurangk­an lagi harga belian kepada RM235 juta.

Konsesi balak FMU5 merangkumi kawasan konsesi bersih seluas 88,920 hektar.

“Melangkah ke hadapan, syarikat kami menganggar­kan hasil daripada FMU5 akan menyumbang tidak kurang daripada 70 peratus daripada bekalan tahunan bagi perniagaan balak hiliran untuk selama sepuluh tahun daripada bermulanya aktiviti-aktiviti pembalakan,” kata Priceworth dalam satu kenyataan.

Syarikat akan memohon kelulusan para pemegang saham pada mesyuarat agung luar biasa menjelang 22 Mei ini bagi mendapatka­n FMU5, yang merupakan antara 10 kawasan pengurusan hutan terbesar di Sabah dan masih mempunyai baki 79 tahun daripada lesen 100 tahun bagi tujuan pengurusan, menebang dan menjual balak di kawasan berkenaan.

Ia juga mencadangk­an terbitan hak dua untuk satu dengan saham-saham bonus bagi mengutip hasil sebanyak kira-kira RM102.37 juta, yang akan disalurkan bagi pembayaran semula pinjaman bank dan modal kerja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia