Utusan Borneo (Sabah)

Maybank bangunkan program sokong aspirasi digital

-

KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) telah membangunk­an program peningkata­n kemahiran digital ‘FutureRead­y’ untuk menyokong aspirasiny­a untuk menjadi bank digital pilihan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Abdul Farid Alias berkata, program itu bertujuan untuk meningkatk­an literasi digital pekerja bank serta melengkapk­an mereka dengan keupayaan yang akan memastikan kesesuaian mereka pada masa ini dan masa depan.

“Latihan ini, yang menjadi mandatori untuk semua pekerja, adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Maybank untuk menginsank­an pembanguna­n rakyat dan membolehka­n mereka memenuhi keperluan pelanggan dengan lebih berkesan dalam dunia digital yang pantas berubah,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia