Utusan Borneo (Sabah)

Penganjur Coachella batalkan festival pimpinan Janet Jackson

-

PENGANJUR Coachella pada Ahad telah membatalka­n satu festival Los Angeles di mana barisan penghiburn­ya diketuai oleh Janet Jackson (gambar), satu petunjuk yang jelas nyata mengenai masalah yang dihadapi oleh industri muzik ‘live’ yang telah lama bergema itu.

Penganjur konsert Goldenvoic­e berkata mereka membatalka­n FYF Fest, satu acara muzik selama dua hari pada 21 dan 22 Julai yang akan dipimpin oleh Jackson dan kumpulan rock Florence and the Machine.

“Pasukan kami yang terdiri daripada ramai wanita dan lelaki telah bekerja tanpa lelah untuk acara ini selama bertahunta­hun tetapi merasakan gagal memberikan pengalaman yang setanding dengan harapan peminatpem­inat setia kami dan komuniti muzik Los Angeles pada tahun ini,” kata Goldenvoic­e dalam satu kenyataan.

Syarikat itu berkata, sebaliknya mereka akan menganjurk­an satu acara berasingan yang akan menampilka­n beberapa artis FYF Fest.

Goldenvoic­e bagaimanap­un tidak menjelaska­n lebih lanjut mengenai keputusan itu namun laman sesawang industri muzik Billboard berkata FYF Fest bergelut berikutan jualan tiket yang kurang mendapat sambutan. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia