Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia Airports beri kerjasama penuh sistem prapelepas­an jemaah haji

-

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports sedia memberi sepenuh kerjasama dan sokongan dalam pelaksanaa­n sistem prapelepas­an jemaah haji di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) yang diumumkan Jabatan Imigresen Malaysia pada Isnin.

Pengarah Urusan Malaysia Airports Datuk Badlisham Ghazali berkata inisiatif itu merupakan langkah proaktif bagi pengurusan yang akan memanfaatk­an 36,480 jemaah haji tahun ini, terutama bagi jemaah kali pertama.

“Kami amat menyambut baik pelaksanaa­n sistem pengurusan yang sistematik dan pantas ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mengakui musim haji merupakan antara musimter sibuk di lapangan terbang, beliau berkata pengurusan penumpang juga perlu diutamakan selain pengurusan kemudahan di lapangan terbang.

“Sebagai pengendali lapangan terbang, kami turut berasa gembira kerana Malaysia terpilih sebagai negara pertama dunia yang akan menggunaka­n sistem itu,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia