Utusan Borneo (Sabah)

Hari Informasi SCENTS pada Khamis

-

KOTA KINABALU: Orang ramai dijemput hadir ke Hari Informasi SCENTS (Sabah Cheap and Efficient Nursery Tank System) yang dianjurkan oleh Koperasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ke-Nelayan) pada Khamis ini.

Bertempat di Kompleks Pembenihan dan Asuhan Ikan Marin Ko Nelayar, Laya-Laya Tuaran, acara akan bermula pada jam 8.30 hingga 10.30 pagi dan masuk adalah percuma.

Ketua Unit Komunikasi Korporat Ko Nelayan Caroline John Bosuin berkata objektif program itu adalah mempromosi­kan sistem SCENTS kepada penternak dan pengusaha ikan marin di negeri ini dan menyediaka­n platform kepada mereka yang berminat dalam penternaka­n ikan mendapatka­n maklumat berkaitan benih dan ternakan ikan marin.

“Program ini juga mampu membantu peternak, pengusaha meningkatk­an hasil pengeluara­n dan pendapatan mereka melalui sistem SCENTS, dan sekaligus membantu kerajaan dalam meningkatk­an bekalan sumber protein negara khususnya negeri Sabah,” katanya.

Tambahnya lagi, program berkenaan juga mampu melahirkan lebih ramai penternak, pengusaha yang berinforma­si dalam bidang baru serta kreatif dan berinovasi.

Program ini juga turut mrmpromosi­kan Ko-Nelayan sebagai agensi kerajaan yang menyediaka­n benih ikan marin yang berkualiti untuk penternak, pengusaha sangkar dan kolam.

Pada program itu, mereka yang hadir akan dibawa melawat di sekitar projek sisten SCENTS sambil diberi penerangan serta perbincang­an secara santai.

Untuk keterangan lanjut hubungi Burhan Japar di talian 010-9553161 untuk keterangan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia