Utusan Borneo (Sabah)

IPeople App memudahkan orang awam kemuka aduan kepada MBKS

-

KUCHING: Orang awam yang ingin mengemukak­an sebarang aduan atau maklum balas mengenai isu-isu yang mereka hadapi kepada Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) secara mudah dan pantas, kini boleh berbuat demikian melalui aplikasi telefon pintar, IPeople App.

Demikian kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian pada Majlis Pelancaran IPeople App di Pasar Komuniti Stutong, pada Ahad.

Dr Sim menyifatka­n aplikasi itu amat bagus kerana ia turut membolehka­n orang ramai menjadi mata dan telinga kepada PBT terbabit dalam menjadikan bandar raya ini sebagai tempat selamat untuk didiami.

“Apa yang perlu dilakukan, anda (orang awam) hanya perlu mengambil gambar dan menghantar maklum balas secara terus menerusi aplikasi ini kepada MBKS.

“Ia sememangny­a sangat mudah untuk digunakan dan oleh itu, saya berharap orang ramai atau pengguna aplikasi ini akan menggunaka­n 1 People App MBKS dengan bijak dan sewajarnya,” katanya.

Memuji usaha MBKS dalam memperkena­lkam sistem itu, Dr Sim berkata, ia adalah selaras dengan saranan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk mengadapta­si perkhidmat­an berasaskan digital dan teknologi.

Menurut beliau, aplikasi IPeople itu akan ditambah baik lagi fungsinya dan seterusnya turut akan dilaksanak­an di bandar utama lain di negeri ini.

Dalam pada itu, Dr Sim yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Stampin mengingatk­an pengundi untuk memilih wakil rakyat yang mempunyai akal fikiran yang tajam, komited dan bersunguh-sungguh untuk membantu rakyat.

 ??  ?? DR SIM melakukan simbolik perasmian pada Majlis Pelancaran IPeople App di Pasar Komuniti Stutong. Turut kelihatan Kho dan James Chan.
DR SIM melakukan simbolik perasmian pada Majlis Pelancaran IPeople App di Pasar Komuniti Stutong. Turut kelihatan Kho dan James Chan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia