Utusan Borneo (Sabah)

5,652 polis P.Pinang bertugas pada hari pengundian hari ini

-

GEORGE TOWN: Seramai 5,652 anggota polis ditugaskan di seluruh Pulau Pinang bagi memastikan proses pengundian Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) hari ini berjalan lancar.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan berkata anggotanya juga akan memastikan keselamata­n pengundi di semua 1,669 saluran mengundi di negeri ini, yang dibuka mulai 8 pagi.

“Kami tidak mahu sesiapa pun takut untuk keluar mengundi. Kami harap situasi kekal aman sehingga selesai PRU14 pada malam 9 Mei,” katanya di sini, pada Selasa.

Beliau berkata daripada 5,652 anggota polisi tu, seramai 4,760 adalah anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kontinjen Pulau Pinang yang akan dibantu oleh 22 anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan 20 anggota dari Jabatan Trafik Bukit Aman.

Seramai 157 lagi ialah anggota Pasukan Simpanan Persekutua­n, 247 anggota Marin Pulau Pinang dan 446 bantuan sumber manusia, katanya.

Sementara itu, Thaiveegan berkata polis menerima 218 laporan bagi pelbagai kesalahan pilihan raya sejak pembubaran Parlimen hingga semalam.

“Sebanyak 22 daripada laporan itu sedang disiasat antaranya membabitka­n kesalahan menakutkan orang dan bendera parti dibuang dan dibakar,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia