Utusan Borneo (Sabah)

Premium tanah Skim Penempatan Semula, Pembesaran Kampung turun 50 peratus

-

KUCHING: Rakyat yang ditawarkan lot-lot di Skim Penempatan Semula dan Skim Pembesaran Kampung di negeri ini menerima berita gembira selepas kerajaan negeri menurunkan kadar premium tanah sebanyak 50 peratus berkuat kuasa 6 Mei 2018.

Pejabat Ketua Menteri menerusi satu kenyataan akhbar pada Isnin menjelaska­n, penurunan itu bagi meringanka­n beban rakyat berpendapa­tan rendah yang terlibat di skim-skim berkenaan.

Penurunan kadar premium itu adalah khusus bagi Skim Penempatan Semula Stampin Fasa 1, Stampin Fasa 2, Stampin Fasa 3, Batu Kawa 2 ½ Fasa 1, Batu Kawa 4 ½ Fasa 2 Peringkat I, Batu Kawa 4 ½ Fasa 2 Peringkat II (Muslim), Batu Kawa 4 ½ Fasa 2 Peringkat II (bukan Muslim), Batu Kawa 4 ½ Fasa 3 dan Stapok, yang melibatkan jumlah keseluruha­n 2,834 lot kediaman.

Keputusan itu susulan daripada lawatan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ke Kampung Maludam dan Kampung Kuala Igan, barubaru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia