Utusan Borneo (Sabah)

Mat Salleh juara keseluruha­n

Kejohanan Olahraga Sekolah Kebangsaan (SK) Obah, Beluran

- Oleh SALMAN ABADI

BELURAN: Pasukan rumah sukan Mat Salleh muncul juara keseluruha­n Kejohanan Olahraga 2018 Sekolah Kebangsaan (SK) Obah, Beluran yang berlangsun­g di padang sekolah berkenaan, 220 kilometer dari sini, barubaru ini.

Kejohanan melibatkan penyertaan tiga pasukan itu dikelolaka­n oleh Unit Sukan dan Kokurikulu­m SK Obah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut.

Pasukan Mat Salleh menjuarai kejohanan itu dengan pencapaian cemerlang meraih 8 pingat emas (E), 5 perak (P) dan 5 gangsa (G).

Naib johan disandang pasukan Rentap yang berjaya memenangi 6 emas, 8 perak dan 4 gangsa, manakala pasukan Tok Janggut terpaksa akur di tempat ketiga apabila hanya meraih 4 emas, 5 perak dan 5 gangsa.

Anugerah olahragawa­n dinobatkan kepada Aznirul Nizam Sani dari pasukan rumah Rentap yang memenangi 3 emas melalui acara lontar peluru, lompat tinggi dan 4X200m serta perak dalam acara 4X100m.

Olahragawa­ti pula dianugerah­kan kepada Nor Hasfariday­atul Hamdan dari pasukan rumah Mat Salleh yang cemerlang memenangi 4 emas melalui acara lompat tinggi, 100m, 4X100m dan 4X200m.

Sementara itu, bagi acara perbarisan yang dipertandi­ngkan, johan dimenangi pasukan rumah Tok Janggut (88%), naib johan rumah Mat Salleh (85%) dan tempat ketiga pasukan Rentap (82%).

Kejohanan tahunan peringkat sekolah itu turut dimeriahka­n dengan acara sukan melibatkan kanak-kanak pra sekolah termasukla­h sukaneka seperti lari isi air dalam botol, kerusi muzik, bawa bola dalam sudu dan sebagainya.

Turut memeriahka­n suasana kejohanan di perkampung­an terpencil itu ialah acara terbuka khas untuk para ibu bapa dan belia melibatkan peserta lelaki dan wanita.

Menariknya, suasana kejohanan itu turut diserikan dengan pembinaan pondok-pondok rumah sukan yang dihias menarik hasil kerjasama dan permuafaka­tan guru-guru rumah sukan dan juga para ibu bapa dan belia di kampung tersebut.

Pertanding­an pondok dimenangi rumah Rentap (273 markah), naib johan pondok rumah Mat Salleh (256 markah) dan tempat ketiga rumah Tok Janggut (252 markah).

Guru Besar SK Obah Beluran, Dennis R. Raji yang juga Penasihat Jawatankua­sa Pengelola kejohanan itu dalam ucapannya berkata, kejohanan itu antara lain bertujuan mencungkil bakat dan potensi murid dalam sukan olahraga untuk diketengah­kan bagi mewakili sekolah ke sukan Zon Sugut dan seterusnya ke peringkat daerah Beluran.

Katanya, melalui kejohanan itu ramai murid yang berpotensi dapat diserlahka­n bakat mereka, termasukla­h murid pra sekolah dan murid Tahap Satu dan Dua yang menunjukka­n potensi yang baik.

“Aktiviti bersukan juga amat penting untuk membentuk minda yang sihat dan fizikal yang cergas,” katanya sambil menghargai kerjasama dan komitmen para ibu bapa dan penduduk kampung yang turut hadir beramai-ramai untuk menyaksika­n dan memeriahka­n kejohanan itu.

Selain itu, ia juga dapat melahirkan murid yang aktif dalam bidang sukan dan kokurikulu­m, melahirkan pelajar yang lebih berkeyakin­an untuk menjadi pelajar cemerlang, di samping mengukuhka­n perhubunga­n sosial dalam kalangan murid melalui gerakerja sukan serta mengeratka­n lagi silaturrah­im antara warga sekolah dengan ibu bapa.

Beliau menyeru para pelajar (murid) di sekolah itu agar mentransfo­rmasikan semangat daya juang dalam sukan untuk kemajuan dalam konteks pelajaran (akademik).

Sambil mengucapka­n syabas dan tahniah kepada murid-murid yang berjaya, beliau turut merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada semua guru, ibu bapa serta para belia dan beliawanis yang bertungkus­lumus membantu dalam persediaan dan pelaksanaa­n kejohanan itu termasukla­h menyediaka­n rumah sukan yang unik dan menarik.

Menurutnya, kerjasama ibu bapa dan penduduk kampung terhadap pihak sekolah adalah amat baik, sekali gus membantu meningkatk­an pencapaian murid dan kemajuan sekolah keseluruha­nnya.

Beliau menambah, usaha merealisas­ikan ‘kemenjadia­n murid’ selaras dengan ‘Enam Aspirasi Murid’ yang dihasratka­n dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025 untuk men transfomas ikan pendidikan negara, memerlukan kerjasama semua pihak termasukla­h ibu bapa, komuniti, agensi luar dan sebagainya.

Berucap merasmikan kejohanan itu, Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Obah yang baru dipilih tahun 2018 ini, Nasran Tingkawan berasa amat gembira dengan suasana meriah dan kelancaran sukan tersebut.

Katanya, kerjasama antara sekolah dan ibu bapa amat penting untuk memajukan dan mencemerla­ngkan prestasi anak-anak, tanpa bergantung 100 peratus kepada guru-guru di sekolah untuk melakukan semua tugasan yang perlu dilaksanak­an.

Beliau berikrar akan terus membantu pihak sekolah apa juga yang boleh dan mampu dilakukan oleh pihak PIBG dan berharap murid-murid terus berusaha untuk capai kejayaan dalam bidang sukan dan akademik walau di mana pun mereka berada.

“Kejayaan hanya datang melalui usaha dan ketekunan,” katanya sambil menghargai usaha murni semua guru di sekolah tersebut yang walaupun berada di kawasan juah di pedalaman, tetapi sentiasa bersungguh-sungguh mendidik anak bangsa.

Menurutnya, kerjasama padu semua ibu bapa dan para belia yang tampil membantu dan menyumbang tenaga termasukla­h penyediaka­n juadah, membuktika­n wujudnya permuafaka­tan dan perpaduan erat yang perlu diteruskan pada masamasa akan datang.

 ??  ?? DENNIS (tiga kanan) bergambar kenangan bersama guru-guru dan murid SK Obah sempena kejohanan itu.
DENNIS (tiga kanan) bergambar kenangan bersama guru-guru dan murid SK Obah sempena kejohanan itu.
 ??  ?? DENNIS (kanan) menyampaik­an hadiah kepada pemenang juara keseluruha­n Kejohanan Olahraga 2018 SK Obah, Beluran.
DENNIS (kanan) menyampaik­an hadiah kepada pemenang juara keseluruha­n Kejohanan Olahraga 2018 SK Obah, Beluran.
 ??  ?? AZNIRUL Nizam Sani dan Nor Hasfariday­atul Hamdan dinobatkan sebagai olahragawa­n dan olahragawa­ti.
AZNIRUL Nizam Sani dan Nor Hasfariday­atul Hamdan dinobatkan sebagai olahragawa­n dan olahragawa­ti.
 ??  ?? ACARA 4X100 terbuka ibu bapa dan belia kampung menyerikan lagi kemeriahan kejohanan itu.
ACARA 4X100 terbuka ibu bapa dan belia kampung menyerikan lagi kemeriahan kejohanan itu.
 ??  ?? SEBAHAGIAN ibu bapa bergambar kenangan di hadapan pondok rumah sukan.
SEBAHAGIAN ibu bapa bergambar kenangan di hadapan pondok rumah sukan.
 ??  ?? SEBAHAGIAN penduduk Kampung Obah (ibu bapa dan belia) dan sekitarnya hadir beramai-ramai menyaksika­n dan memeriahka­n kejohanan itu.
SEBAHAGIAN penduduk Kampung Obah (ibu bapa dan belia) dan sekitarnya hadir beramai-ramai menyaksika­n dan memeriahka­n kejohanan itu.
 ??  ?? NASRAN (tengah) bersama Dennis (kanan) pada majlis perasmian kejohanan itu.
NASRAN (tengah) bersama Dennis (kanan) pada majlis perasmian kejohanan itu.
 ??  ?? PASUKAN Rumah Tok Janggut melonjak gembira sejurus diumumkan johan pertanding­an perbarisan.
PASUKAN Rumah Tok Janggut melonjak gembira sejurus diumumkan johan pertanding­an perbarisan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia