Utusan Borneo (Sabah)

Giggs ketuai hantar ucapan selamat sembuh buat Ferguson

-

LONDON, England: Pemain paling berjaya dalam sejarah Manchester United, Ryan Giggs, mengetuai senarai mereka yang menghantar ucapan selamat sembuh untuk bekas mentor beliau di United, Sir Alex Ferguson berikutan pembedahan kecemasan akibat pendarahan otak.

Dianggap sebagai pengurus paling berjaya dalam bola sepak Inggeris, Ferguson, 76, memenangi 38 trofi sepanjang lebih 26 tahun membimbing United, termasuk memenangi 13 kejuaraan Liga Perdana dan dua Liga Juara-Juara sebelum bersara pada 2013.

United tidak mempunyai perkembang­an terkini tentang keadaan Ferguson sejak mengeluark­an kenyataan bahawa pembedahan yang dilakukan Sabtu lepas “berjalan lancar” tetapi satu tempoh rawatan rapi diperlukan untuk meningkatk­an proses pemulihann­ya.

Giggs, jurulatih kebangsaan Wales, terlibat dalam kesemua 13 kejuaraan liga di bawah Ferguson sepanjang 24 tahun beraksi bersama United.

“Sekarang ia adalah masa untuk berdoa dan berharap beliau boleh sembuh sepenuhnya,” kata Giggs ketika memberitah­u penyiaran BBC Wales.

“Beliau mempunyai pengaruh terbesar dalam karier saya, dalam dan luar padang. Saya tahu pembedahan dilakukan dengan jayanya

– tetapi beliau seorang pejuang dan ia adalah apa yang menyebabka­n saya berfikir beliau akan dapat kembali pulih.”

Pemain pertahanan semasa United, Phil Jones, juga yakin dengan peluang Ferguson sihat sepenuhnya walaupun mengakui berasa “sangat sedih’ dengan berita kesihatan beliau.

“Saya sangat sedih,” kata Jones, yang dibeli oleh Ferguson pada 2011.

“Beliau seorang legenda di mata saya. Beliau adalah orang yang membawa saya ke United dan memberikan saya peluang bermain untuk salah satu kelab terbesar di dunia. Beliau seperti seorang ayah kepada saya dan berita ini benar-benar mengejutka­n saya.

“Ia menyedihka­n tetapi saya tahu karektor beliau. Saya tahu beliau mempunyai keazaman tinggi untuk bertarung dan saya berharap beliau akan pulih sepenuhnya.”

Seorang lagi pemain United, Juan Mata, mengakui berita tentang keadaan kesihatan Ferguson memberi satu “impak besar” ke dalam skuad semasa.

“Apa yang berlaku mempunyai impak yang sangat besar ke atas Manchester United, seperti yang anda bayangkan,” kata Mata. “Kami semua bersatu sekarang, mendoakan beliau cepat sembuh. Beliau adalah orang yang unik dan penting dalam dunia bola sepak pada dekad lalu.”

United juga berterima kasih kepada ucapan dan doa dari pengurus lain seperti Arsene Wenger (Arsenal), Pep Guardiola (Manchester City) dan Jurgen Klopp (Liverpool), yang sempat memberi pujian kepada Ferguson.

Wenger menikmati perhubunga­n yang panjang dan kadang-kadang tegang dengan Ferguson ketika bersaing kejuaraan liga pada dekad pertama dari 22 tahun Wenger di Arsenal.

Bagaimanap­un, mereka kemudian menjadi rakan dan dengan Wenger meninggalk­an Arsenal pada akhir musim ini, Ferguson sempat menyerahka­n cenderahat­i pada kunjungan terakhir Wenger dan pasukannya di Old Trafford minggu lepas.

Ahad lepas menyaksika­n Manchester City menerima trofi Liga Perdana Inggeris tetapi permusuhan dengan United dilupakan dengan satu sepanduk bertulis: “Lupakan bola sepak, semoga cepat sembuh Fergie” kelihatan ketika City seri dengan Huddersfie­ld di Stadium Etihad.

“Dari semua penyokong Manchester City dalam stadium, anda tidak menemui seseorang yang tidak mendoakan yang terbaik untuk Ferguson,” kata Guardiola.

Ferguson pernah mengeluark­an ungkapan menarik ketika menyertai United dari Aberdeen pada 1986, iaitu menyingkir­kan Liverpool dari “kemuncak kejayaan mereka”.

Beliau benar-benar melakukann­ya dengan United kini memintas Liverpool sebagai kelab paling berjaya dalam bola sepak Inggeris. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia