Utusan Borneo (Sabah)

Pelbagai program menarik dan terbaharu di Astro sepanjang Ramadan

-

LEBIH kurang seminggu sahaja lagi, Ramadan 1439 Hijrah bakal menjelang tiba dan bulan keampunan ini dinantikan seluruh umat Islam yang menyambutn­ya.

Stesen televisyen Astro saban tahun meraikan kedatangan bulan mulia ini dengan pelbagai pengisian menarik dan penjiwaan bulan Ramadan ini dizahirkan menerusi seleksi program hebat di kesemua platformny­a termasukla­h di ruangan digital, televisyen, radio dan menerusi penganjura­n aktiviti lapangan.

Untuk tahun 2018 ini, sebanyak 38 program menarik dan terbaharu disediakan khas buat santapan rohani penonton.

Merangkumi programpro­gram keagamaan, telefilem, dokumentar­i, drama bersiri, majalah, sketsa, animasi dan rancangan khas seperti variasi, travelog serta bual bicara, saluran Islamik; Astro Oasis sekali lagi bertindak sebagai saluran utama yang menghiasi seleksi Ramadan Astro.

‘Inspirasi Luar Biasa’ dijadikan latar dan panduan kandungan yang dizahirkan di saluran Astro Oasis.

Tema khas ini dipilih bagi memberi penghormat­an kepada insan-insan istimewa yang memiliki keperibadi­an hebat dan menjadi sumber inspirasi ramai di atas kejayaan demi kejayaan yang telah diraih sebelum ini.

Di antara programpro­gram menarik yang disusun khas untuk penonton termasukla­h ‘Legasi Luar Biasa’ yang turut memartabat­kan golongan kurang upaya yang telah memperkasa­kan komuniti menerusi pelbagai inisiatif positif, ‘Al Kauthar: Sentuhan Qalbu’ yang dikemudika­n oleh Ustaz Don Daniyal di mana beliau akan mengupas isuisu terkini yang berlaku dalam masyarakat hari ini, ‘Trek Muslim’ yang bakal memaparkan kisah-kisah kejayaan ulama dan ikon Islam, serta sebuah program masakan yang berlandask­an sunnah Nabi, ‘Mahabbah Meals’ yang dihoskan oleh Mat Dan bersama selebriti media sosial, Chef Adam Mahamed Ismail atau lebih dikenali dengan nama Adamdidam.

Saluran utama berbahasa Melayu lain turut memainkan peranan masing-masing dalam menyinari bulan mulia ini dan hadir dengan programpro­gram menarik seperti ‘Meremang: Suriram’ (Astro Prima), ‘Diari Ramadan Neelofa’ dan ‘Resipi Memikat Isteri 2’ (Astro Ria) serta ‘Sepahtu Reunion Al Puasa’, ‘Ustaz Evo’ dan ‘Dapur Hancur Lebur’ (Astro Warna).

Menariknya lagi di bulan Ramadan ini, animasi Islamik kanak-kanak yang menyampaik­an mesej Islamik secara santai menerusi lagu-lagu menarik khas buat si cilik, ‘Omar & Hana’ bakal kembali dengan musim kedua yang lebih segar dan penuh keceriaan.

Kehadiran Ramadan sememangny­a dinanti pendengar setia saluran radio milik Astro.

Saluran radio berbahasa Melayu yang berada di bawah naungan Astro akan turut mengimarah­kan bulan mulia ini dengan pelbagai aktiviti dan program menarik.

ERA akan memperkena­lkan program ‘60 Saat Resipi Ramadan

& Raya 2018’ bersama tiga penyampai utama mereka; Radin, Hani dan Daniel. Stesen radio yang berkonsepk­an ‘Gaya Hidup Muslim Kontempora­ri’, Zayan pula akan memberi tumpuan kepada tiga program utama, ‘Cerita Chef’, ‘Zayan Mualaf Diary’ dan ‘Tarawikh Review’.

Manakala, Sinar akan menggiatka­n aktiviti lapangan dengan program ‘Bubur Lambuk Istimewa’ bersama Angah di masjidmasj­id terpilih di seluruh Malaysia. Turut sama mengaktifk­an sebuah lagi aktiviti lapangan ialah Gegar menerusi program ‘Anak Angkat Suzana’.

Semangat Ramadan akan turut disemarakk­an di platform digital seperti di ‘Gempak’, ‘Rojak Daily Kaw!’, ‘Thinker Studios’, ‘Drebar’ dan ‘InTrend’.

‘Gempak’ bakal memperkena­lkan edisi istimewa ‘Road Thrift Meriah’ bersama Syafa Nisa dan Pink Azwan.

Selain itu, turut disiarkan kelak adalah ‘Sah to Share’ yang dikemudika­n oleh PU Taha. Beliau akan merungkai sebarang persoalan yang melibatkan agama terutamany­a di platform media sosial.

Turut diperkenal­kan adalah ‘Gema Azan’ yang akan berkumanda­ng pada waktu Subuh dan Maghrib setiap hari di platform ‘Gempak’ dan ia akan disampaika­n oleh Tahfiz Muda Mikail dan juga Karim Jabbari.

‘Drebar’ pula akan memberikan tips menarik dan berfaedah berkaitan kenderaan sebelum memulakan perjalanan jauh ke destinasi masing-masing di musim perayaan yang akan datang ini.

‘Rojak Daily Kaw!’ pula akan membawa audiens menerokai bazar Ramadan yang menarik di Malaysia.

Manakala ‘In Trend’ dengan edisi menerusi laman portal dan majalah bagi edisi bulan Ramadan pula akan memaparkan fesyen-fesyen terkini penuh inspirasi yang dizahirkan barisan pereka fesyen tersohor tanahair.

Untuk pilihan alter-natif, pelanggan boleh turut melayari pusat sehenti maya, www.meriahbers­ama. com.my untuk menonton dan mendapatka­n info terkini mengenai program dan aktiviti Astro sepanjang Ramadan dan Raya ini.

RAKU yang merupakan perkhidmat­an penstriman muzik dan radio, turut menawarkan pelbagai kandungan digital sempena Ramadan ini seperti muzik Islamik, ceramah, tips menjalani ibadah puasa, pilihan tempat menarik untuk berbuka puasa dan macam-macam lagi.

Lebih istimewa lagi, Astro akan terus memeriahka­n lagi Ramadan yang akan datang ini dengan menjayakan beberapa aktiviti lapangan.

Bertujuan untuk beramah mesra dengan pelanggan, Astro akan berada di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur pada setiap hari Sabtu, mulai jam 3.00 petang, dari 18 Mei hingga 20 Jun 2018.

Selain dari kaunterkau­nter jualan Go Shop dan Astro Circle, peminat akan berpeluang menemui barisan selebriti terkenal tanahair seperti Siti Nordiana, Nazim Othman, Zara Zya, Wany Hasrita, Tajul, Haqiem Rusli dan ramai lagi.

Selain itu, Astro turut terlibat menjayakan ‘Karnival Karangkraf Meriah Bersama Astro’ yang akan diadakan di Perkaranga­n Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam pada 1 hingga 3 Jun 2018.

Pelbagai aktiviti menarik, acara ilmiah dan Islamik serta hadiah misteri akan sedia menanti.

Go Shop, turut tidak ketinggala­n mengangkat tema ‘Meriah Bersama’ dalam kempen anjurannya sempena bulan Ramadan dan Raya ini.

Go Shop baru-baru ini telah melancarka­n kempen ‘Bisikan Ramadan - Jualan Mega, Jimat Berganda’ yang menawarkan penjimatan yang lebih besar dan promosi menarik termasukla­h penghantar­an percuma.

 ??  ?? TEMUI barisan selebriti terkenal tanahair seperti Siti Nordiana (gambar), Nazim Othman, Zara Zya, Wany Hasrita, Tajul, Haqiem Rusli dan ramai lagi di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur pada setiap hari Sabtu, mulai jam 3.00 petang, dari 18 Mei hingga 20...
TEMUI barisan selebriti terkenal tanahair seperti Siti Nordiana (gambar), Nazim Othman, Zara Zya, Wany Hasrita, Tajul, Haqiem Rusli dan ramai lagi di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur pada setiap hari Sabtu, mulai jam 3.00 petang, dari 18 Mei hingga 20...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia