Utusan Borneo (Sabah)

Pelantikan MB Pahang selepas perkenan Istana

-

BENTONG: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob pada Khamis, berkata pelantikan Menteri Besar Pahang akan ditentukan selepas mendapat perkenan Istana dalam masa terdekat.

Beliau berkata Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad akan memilih calon yang sesuai untuk menjawat jawatan pemimpin nombor satu negeri ini.

“Bagi jawatan anggota mesyuarat kerajaan pula, perkara itu belum dapat ditentukan kerana Istana masih belum membuat keputusan tentang (pelantikan) menteri besar, maka itu akan menjadi perkara kedua,” katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Berdasarka­n keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semalam, BN Pahang dapat membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah selepas menang 25 daripada 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala PAS (lapan) dan Pakatan Harapan (sembilan).

Adnan berkata sebagai mewakili BN Pahang beliau berterima kasih kepada semua pengundi yang telah memilih BN sehingga masih dapat meneruskan pentadbira­n negeri.

Mengulas mengenai pelaksanaa­n projek berimpak tinggi di Pahang oleh kerajaan Persekutua­n sebelum ini, A d nan berharap ia akan diteruskan dengan jaminan kerajaan negeri akan memberikan kerjasama sepenuhnya.

Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan ‘post mortem’ keputusan PRU14 dan dapatannya akan diserahkan kepada kerajaan negeri yang akan dilantik supaya penambahba­ikan dapat dilakukan untuk memastikan kelangsung­an BN pada masa hadapan.

“Secara keseluruha­nnya, mengambil kira apa yang dianggap tsunami, prestasi (BN) Pahang agak baik berbanding negeri lain.

“Walaupun kita hilang majoriti dua pertiga, kita masih memegang kuasa dengan majoriti mudah.. 25 berbanding 17 boleh dianggap sebagai majoriti besar dan boleh menyumbang kepada kerajaan yang stabil,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia