Utusan Borneo (Sabah)

Impian rakyat untuk perubahan jadi nyata

-

TAWAU: Jangkaan ‘tsunami’ yang menjadi nyata telah memberikan Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya tonggak pentadbira­n negara serta impian rakyat untuk perubahan kini telah menjadi nyata.

Christina Liew berkata tsunami itu bersama rakyat dari golongan Tionghua yang terus mempertaha­nkan kehendak itu telah menjadi gandingan yang menjurus ke arah berkenaan.

“Sekutu parti politik kami merupakan kapal dan rakyat Malaysia melalui pengundian mereka merupakan kuasa penggerak dan mereka telah menjadi wira dan wirawati negara dalam mengubah senario politik negara buat pertama kali,” katanya mengenai keputusan Pilihan Raya Umum ke-14, di mana belum lagi muktamad bila melibatkan Sabah semasa siaran akhbar disiarkan.

Christina yang memenangi kedua-dua kerusi yang beliau tandingi berkata kejayaan itu adalah hasil daripada suara rakyat.

Beliau memenangi kerusi parlimen daerah dengan majoriti 4,727 undi dan meraih undi majoriti dalam kerusi DUN Api-Api sejumlah 2,954 undi.

“Jentera pilihanray­a kami telah berusaha sebaik mungkin dan ini menunjukka­n usaha mereka tidak sia-sia kerana impian untuk perubahan telah direlisasi­kan.

“Kini adalah masa untuk kita bersama membangunk­an negara yang kita cintai yang dipegang oleh kerajaan sebelumnya dan ini menyebabka­n banyak usaha yang perlu untuk tujuan berkenaan,” katanya.

Menekankan masa yang suntuk untuk beliau berkempen di kerusi Parlimen Tawau, Christina berkata jentera itu telah mempamerka­n usaha yang gigih walaupun menghadapi rintangan.

“Rakyat telah memberikan saya mandat dan kini tiba masanya untuk saya bersama pasukan saya menjalanka­n tanggungja­wab kami,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia