Utusan Borneo (Sabah)

KRT Rugading adakan sambutan Pesta Mongulok

-

KAWASAN Rukun Tetangga (KRT) Kg Rugading, Daerah Matunggong mengadakan Sambutan Pesta Mongulok dan Perasmian KRT Kampung Rugading di Rumah Panjang Tradisi Kg Rugading, Daerah Matunggong.

Program ini bertujuan diadakan untuk menyambut Pesta Mongulok atau Pesta Kaamatan dalam erti kata etnik Rungus.

Selain itu juga, majlis ini Perasmian Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kg Rugading yang diluluskan pada awal tahun 2018. Buat pertama kalinya dua majlis diadakan dan semua penduduk kampung dijemput hadir bersama.

Pelbagai acara dilaksanak­an bermula dari pagi 5 Mei 2018 (Sabtu) antaranya gotong royong, pertanding­an mewarna kanak-kanak, pertanding­an memukul gong, pertanding­an makanan tradisi seperti jeruk dan tapai. Acara kemuncakny­a bermula dengan majlis perasmian, persembaha­n tarian sambut tamu mongigol sumundai dari tunas jiran, ucapan dari tetamu kehormat, penyerahan sijil penetapan KRT, gimik pesta mongulok, paluan gong dan diakhiri dengan jamuan makan bintanok dan makan tengahari.

Majlis itu dirasmikan Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Rchard Kastum dan turut dihadiri Penolong Pegawai Perpaduan Matunggong, Mohd Nasir Adli dan Pegawai Perpaduan Pitas Nasiruddin Ahmad.

 ??  ?? SUASANA dalam rumah panjang tradisi Kg Rugading.
SUASANA dalam rumah panjang tradisi Kg Rugading.
 ??  ?? PENYERAHAN sijil Penetapan KRT Rugading dari Nasiruddin Ahmad.
PENYERAHAN sijil Penetapan KRT Rugading dari Nasiruddin Ahmad.
 ??  ?? ANTARA penduduk yang hadir di program ini.
ANTARA penduduk yang hadir di program ini.
 ??  ?? PERASMIAN Sambutan Pesta Mongulok.
PERASMIAN Sambutan Pesta Mongulok.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N tarian tradisi bersama tetamu kehormat.
PERSEMBAHA­N tarian tradisi bersama tetamu kehormat.
 ??  ?? UCAPAN perasmian daripada Richard.
UCAPAN perasmian daripada Richard.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia