Utusan Borneo (Sabah)

KL siasat salah laku pembentuka­n k'jaan Sabah

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan persekutua­n akan menyiasat jika terdapat sebarang salah laku dalam pembentuka­n kerajaan negeri Sabah selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat.

Beliau berkata ada bukti berlakunya manipulasi dan penggunaan wang untuk menyertai.

“Anda akan dapati ada orang yang lompat parti jika mereka mahu atas sebab prinsip tetapi jika mereka dibeli, kami tidak akan mengiktira­f itu sebagai cara bertukar parti yang betul.

“Kami akan siasat. Jika kami dapati ada elemen rasauh dan wang dibayar kepada mana-mana menteri atau orang lain untuk menyertai, kami anggap ini sebagai rasuah,” katanya pada sidang media di sini.

Dr Mahathir berkata Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilihat seolah-olah menutup mata terhadap amalan rasuah sepanjang pilihan raya dan siasatan sewajarnya perlu dilaksanak­an untuk menangani isu itu.

“Kami akan lakukan siasatan sewajarnya terhadap semua perkara ini kerana kami mahu mematuhi kedaulatan undang-undang.

“Kami bukan membalas dendam tetapi terdapat banyak kegagalan di mana kami dapati ada orang menggunaka­n wang untuk membeli sokongan, itu juga dianggap sebagai rasuah sama seperti membeli anggota-anggota parti untuk memperoleh majoriti,” katanya.

Dr Mahathir berkata kerajaan akan memohon bagi penyiasata­n dilakukan sekiranya ada bukti bahawa ada individu memenangi pilihan raya secara rasuah dan akan mengisytih­arkan pemilihan itu sebagai tidak sah.

 ??  ?? EWON BENEDICT
EWON BENEDICT
 ??  ?? HAMISA
HAMISA
 ??  ?? MUIS PICHO
MUIS PICHO
 ??  ?? JAMAWI
JAMAWI
 ??  ?? OSMAN JAMAL
OSMAN JAMAL
 ??  ?? ABIDIN
ABIDIN
 ??  ?? PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan sidang media khas malam Khamis.
PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan sidang media khas malam Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia