Utusan Borneo (Sabah)

ENAM SERTAI WARISAN

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Tidak sampai 24 jam selepas kerajaan dan Kabinet baharu Barisan Nasional (BN) dibentuk, enam daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu berpaling tadah dan menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan).

Berikutan itu, kedudukan kerajaan dan Kabinet yang diterajui Tan Sri Musa Hj Aman kini menimbulka­n persoalan dari segi majoritiny­a.

Ini kerana Warisan bersama beberapa parti lain kini mempunyai 35 Adun berbanding 25 Adun BN.

Mereka yang meninggalk­an BN termasuk empat dari Umno, iaitu Jamawi Jaafar (Kemabong), Datuk Hamisa Samat (Tanjong Batu), Datuk Muis Picho (Sebatik) dan Datuk Osman Jamal (Balung) serta dua dari Upko, iaitu Datuk Abidin Madingkir (Paginatan) dan Ewon Benedick (Kadamaian).

Perkara itu diumumkan dalam satu sidang media khas di kediaman Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sini pada petang Jumaat. Hadir sama Pemangku Presiden Upko, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

Madius berkata sebenarnya kelima-lima Adun Upko telah menyatakan keputusan bersama-sama dengan pendirian yang diputuskan Majlis Tertinggi parti itu.

“Hari ini kita melihat dua daripada Adun kita menyatakan keputusan mereka dengan positif untuk kerjasama ini,” katanya, sambil mengakui keputusan pada PRU14 ini menunjukka­n mesej jelas rakyat yang perlu diikuti.

Dalam pada itu, Hamisa menjelaska­n beliau yakin dengan pembentuka­n kerajaan di bawah Warisan yang dilihat mampu membantu rakyat.

“Saya masuk parti ini tanpa sebarang syarat, hanya demi membantu rakyat di kawasan saya...kita tidak tinggalkan rakyat tetapi membawa rakyat sekali,” katanya.

Jamawi berkata, sudah tiba masanya rakyat Kemabong bersama-sama untuk memberikan sokongan kepada Shafie bagi membentuk kerajaan.

Ewon turut menjelaska­n kejadian di Sri Gaya pada Khamis lalu yang mana pendiriann­ya dibuat selepas mendapat tahu keputusan Upko menyebabka­n tertangguh­nya majlis angkat sumpah yang diketuai Musa.

“Saya hanya mendapat tahu keputusan parti pada sebelah petang dan sebagai ahli parti, saya kena berpegang kepada kata putus daripada parti saya,” katanya.

Abidin yang hadir pada sidang media itu turut menyatakan pendirian sama.

Muis pula menjelaska­n keputusan mengadakan kerjasama dengan Warisan dibuat apabila berada di lapangan terbang selepas berbincang bersama-sama dengan Hamisa.

Katanya, kerjasama itu bukan untuk kepentinga­n diri, sebaliknya untuk kepentinga­n rakyat keseluruha­n.

“Kita masih memerlukan hubungan baik daripada kerajaan persekutua­n bagi mendapatka­n peruntukan memajukan negeri ini khususnya di kawasan masingmasi­ng,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia