Utusan Borneo (Sabah)

Pembentuka­n kerajaan Sabah tidak sah, tiada mandat besar

Kerana dilakukan tanpa mandat besar rakyat, kata Shafie

- Oleh YAP SIONG HAN SHAFIE (tengah) ketika dalam sidang media itu.

KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan bahawa pembentuka­n Kerajaan Negeri yang diketuai Tan Sri Musa Haji Aman adalah tidak sah.

Katanya, pembentuka­n itu dilakukan tanpa mendapat mandat rakyat yang besar daripada rakyat Sabah.

“Saya sedar mereka (Barisan Nasional) tidak cukup jumlah untuk membentuk kerajaan di sini dan sokongan rakyat juga tidak berpihak kepada mereka.

“Malahan Upko sendiri telah menyatakan pendirian mereka ,” katanya ketika dalam sidang media di kediamnya di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, pihaknya sudah menghantar surat lebih awal kepada pihak Istana Negeri kerana sudah mempunyai jumlah yang cukup menubuhkan kerajaan.

“Kita telah berhubunga­n dengan Datuk Seri Jeffrey Kitingan terdahulu sebelum dia menafikan dan saya yakin ini ada membabitka­n transaksi kewangan ... tetapi tidak apa.

“Kini Upko menerusi presidenny­a menyatakan sokongan kepada kita dan sebahagian daripada mereka menyatakan kesepakata­n untuk tidak menyokong kerajaan yang ada hari ini...

“Saya sedar mereka (Barisan Nasional) tidak cukup jumlah untuk membentuk kerajaan di sini dan sokongan rakyat juga tidak berpihak kepada mereka. Malahan Upko sendiri telah menyatakan pendirian mereka, ” DATUK SERI MOHD SHAFIE APDAL Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan)

maklumat ini adalah sah,” katanya.

Shafie dalam pada itu turut berterima kasih kepada rakyat Sabah dari pelbagai kaum dan bangsa kerana memberikan sokongan padu kepada Warisan.

“Saya berterima kasih kepada semua rakyat Sabah yang memberikan sokongan kepada parti ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia