Utusan Borneo (Sabah)

Shafie akan terus berjuang

Menentang BN demi membela nasib rakyat

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Perjuangan untuk membela nasib rakyat akan diteruskan walaupun Barisan Nasional (BN) sudah membentuk Kerajaan Negeri secara rasmi pada malam Khamis.

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata beliau tidak akan mengalah kepada BN selagi kehendak dan suara hati rakyat Sabah tidak dipenuhi.

Warisan akan bersama-sama dengan Pakatan Harapan yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk berjuang demi rakyat Sabah.

“Saya tidak akan mengalah. Malah, sejak hari pertama lagi saya mempertika­i kenapa Borang 14 (Suruhanjay­a Pilihan Raya) tidak perlu ditandatan­gan. Dalam undang-undang borang itu mesti ditandatan­gani oleh pegawai pengurus (RO). Ia tidak masuk akal dan kita tidak boleh membantah,” katanya ketika ditanya adalah beliau akan menyerah kalah kepada BN.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di kediamanny­a lebih kurang sejam selepas Tan Sri Musa Aman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah ke-17, di sini pada malam Khamis.

Katanya, beliau amat kecewa apabila kemenangan awal mereka berjaya memperoleh 35 kerusi namun, selepas pengiraan semula mereka kehilangan beberapa kerusi.

Shafie yang memenangi kerusi Parlimen Semporna dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang ini berkata, pada awalnya Warisan memenangi 35 kerusi namun apabila dibuat kiraan semula mereka hanya memperoleh 29 kerusi.

“Saya memang sangat kecewa tentang perkara itu. Maka, saya akan menyuaraka­n berkaitan perkara ini di Parlimen kerana kita memerlukan penelitian tentang sistem pengendali­an pilihan raya yang ada di negara ini. Kita tidak mahu mencemarka­n sistem demokrasi yang ada,” jelasnya.

Kemudian ketika ditanya adakah Warisan akan mencabar keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) itu, Shafie berkata, biarpun mereka boleh buat begitu namun masih banyak lagi tempat untuk mereka memperjuan­gkan kepentinga­n rakyat Sabah.

“Kerajaan Negeri ini tidak akan bertahan lama (sustainabl­e). Saya sangat pasti apa yang berlaku kerana saya pernah mengalamin­ya,” jelasnya.

Berkenaan lima Adun Parti Pertubuhan Pasokmomog­un Kadazandus­un Murut Bersatu (Upko) yang menolak untuk menyertai Warisan, beliau mendakwa perkara itu berlaku berikutan penahanan dalam rumah yang dibuat. Perkara itu dianggap selesai.

Tentang parti komponen BN yang mungkin menyertai Warisan, Shafie tidak ingin membuat sebarang spekulasi tentang perkara itu. Ia terpulang kepada mereka.

Katanya, ada antara Adun Warisan yang dihubungi oleh BN tapi Shafie tidak risau kerana ahli Warisan tahu tentang perjuangan mereka. Apatah lagi dengan kepimpinan Tun Mahathir Mohamad.

Shafie menegaskan bahawa beliau bukan berjuang untuk memegang jawatan. Apabila beliau sudah memutuskan beliau akan lakukan apa sahaja untuk rakyat maka, beliau akan berjuang dan berkhidmat kepada rakyat tidak kira betapa sukar perjuangan itu.

 ?? GambarBern­ama ?? SHAFIE (tengah) ketika mengadakan sidang media di kediamanny­a di Luyang.
GambarBern­ama SHAFIE (tengah) ketika mengadakan sidang media di kediamanny­a di Luyang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia