Utusan Borneo (Sabah)

Dakwaan markas Star dibakar tidak benar

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Dakwaan tentang markas Parti Solidariti Tanah Airku (Star) yang dibakar oleh penyokong parti berkenaan adalah tidak benar sama sekali.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata siasatan awal pihaknya mendapati kebakaran yang terjadi di bangunan terbabit adalah disebabkan oleh litar pintas.

“Dakwaan tentang rumah penduduk yang dijadikan markas Star dibakar oleh penyokong parti terbabit adalah palsu dan kebakaran yang berlaku tidak ada kaitan politik, sebaliknya berlaku disebabkan oleh litar pintas,” katanya.

Ramli berkata demikian semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah selepas menyaksika­n beberapa Majlis Serah Terima Tugas membabitka­n pegawai atasannya di sini.

Dalam pada itu R am l i berkata situasi keselamata­n adalah terkawal sepanjang tempoh proses pengundian sehinggala­h Majlis Istiadat Angkat Sumpah bagi pembentuka­n pentadbira­n baharu kerajaan Sabah pada musim Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Kita hanya merekodkan satu tangkapan di Papar membabitka­n individu yang menyamar sebagai anggota polis dengan memberikan alasan ingin mengawal keadaan lalu lintas.

“Ingin saya tegaskan manamana individu yang menyamar sebagai penjawat awam terutamany­a anggota polis adalah salah di sini undangunda­ng.

“Individu warga tempatan berumur 30 tahun terbabit kini ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 171 Kanun Keseksaan,” katanya.

Menurutnya pihaknya juga menerima sebanyak 233 laporan polis membabitka­n pelbagai kes termasuk 10 kes jenayah komersial bermula 7 April sehingga 10 Mei dengan 104 kertas siasatan sudah dibuka.

Dalam Majlis Serah Terima Tugas itu Ramli menyaksika­n pertukaran tugas Asisten Komisioner Polis Pentadbira­n Kontinjen Sabah di antara Zabidi Md Zain kepada Abd Radzak Abd Ghani.

Pada majlis sama, Senior Asisten Komisioner Jauteh Dikun menyerahka­n jawatannya sebagai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah kepada Zabidi.

 ??  ?? RAMLI (tengah) menyaksika­n Zabidi (kiri) menyerahka­n dokumen tugas kepada Abd Radzak.
RAMLI (tengah) menyaksika­n Zabidi (kiri) menyerahka­n dokumen tugas kepada Abd Radzak.
 ??  ?? JAUTEH (kiri) menyerahka­n dokumen kepada Zabidi diperhatik­an Ramli (tengah).
JAUTEH (kiri) menyerahka­n dokumen kepada Zabidi diperhatik­an Ramli (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia