Utusan Borneo (Sabah)

Tiga timbalan ketua menteri, tujuh menteri dilantik dalam kabinet negeri Sabah

-

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman melantik tiga timbalan ketua menteri dan tujuh menteri di dalam kabinet baharu negeri Sabah.

Tiga timbalan ketua menteri dilantik terdiri daripada Datuk Dr Jeffery Kitingan merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Hajiji Mohd Noor merangkap Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Datuk Masidi Manjun merangkap Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar.

Musa mengumumka­n senarai nama kabinet negeri itu pada sidang akhbar di kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah di Sri Gaya di sini hari ini selepas menghadiri majlis angkat sumpah di Istana Negeri .

Tujuh lagi adalah Datuk Masiung Banah menjawat Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Bobbey Suan (Menteri Tugas-Tugas Khas) Datuk Ellron Alfred Angin (Menteri Pembanguna­n Luar Bandar), Datuk Jahid Jahim (Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan).

Datuk Bolkiah Ismail (Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian), Datuk Musbah Jamli (Menteri Pembanguna­n Sumber dan Teknologi Maklumat) dan Datuk Anita Baranting (Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna).

Musa juga mengumumka­n akan menamakan enam Anggota Dewan Undangan Negeri lantikan yang akan mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 pada Rabu lepas, Barisan Nasional.Sabah memenangi 29 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Dua wakil Parti Solidariti Tanah Airku (Star) kemudian bergabung dengan BN bagi membolehka­n Kerajaan Negeri Sabah dibentuk.

 ??  ?? YANG Dipertua Negeri SabahTunJu­harMahirud­din menyampaik­an watikah pelantikan kepada Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah pada Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Ketua Menteri Sabah Ke17 di Istana Negeri malam Khamis.
YANG Dipertua Negeri SabahTunJu­harMahirud­din menyampaik­an watikah pelantikan kepada Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah pada Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Ketua Menteri Sabah Ke17 di Istana Negeri malam Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia