Utusan Borneo (Sabah)

Polis siasat empat kes salah guna kad pengenalan semasa mengundi

-

KUALA TERENGGANU: Polis akan menjalanka­n siasatan berhubung empat kes penyalahgu­naan kad pengenalan sepanjang tempoh pengundian pada Rabu.

Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail berkata kes tersebut dikesan apabila pemilik sah kad pengenalan gagal mengundi apabila kad pengenalan mereka digunakan pihak yang tidak bertanggun­gjawab.

“Kita menerima empat laporan daripada mangsa dari Dungun, Chukai, Gong Badak dan Manir.

“Dalam keempat-empat kes ini, kesemua mangsa tidak dapat menunaikan tanggungja­wab sebagai pengundi kerana nama mereka dipotong dalam senarai pengundi. Ini bermakna wujud individu lain yang tidak dikenal pasti menyalahgu­nakan kad pengenalan mangsa untuk mengundi sebelum itu,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Aidi berkata keempatemp­at kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 7 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Aidi dalam pada itu, berkata sepanjang tempoh mengundi semalam, situasi keselamata­n dan ketenteram­an awam di seluruh Terengganu berada dalam keadaan aman dan harmoni sehingga tempoh pengiraan dan pengumuman keputusan.

“Walaupun penyokong parti politik mengetahui bahawa PAS memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Terengganu dan akan mengambil alih kuasa pemerintah­an kerajaan negeri.

“Namun, penyokong parti politik akur dengan nasihat dan arahan pihak polis untuk tidak menimbulka­n apa-apa kekacauan, dan tindakan yang matang serta profesiona­l ini harus dipuji,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia