Utusan Borneo (Sabah)

Melihat Mahathir bertarung PRU14 ingatkan saya kepada Lee Kuan Yew: Goh Chok Tong

-

SINGAPURA: Perkembang­an politik semasa di Malaysia telah menarik perhatian Goh Chok Tong, Perdana Menteri Singapura yang kedua menggantik­an Lee Kuan Yew.

Apabila menyaksika­n Mahathir bertarung dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mengingatk­an saya kepada ungkapan terkenal Lee Kuan Yew, “Malah dari katil tempat saya terbaring sakit, walaupun anda akan menurunkan saya ke liang kubur dan saya rasa ada sesuatu yang tidak kena, saya akan bangkit.”

“Kita harus menghormat­i Mahathir atas atas kehendak dan usahanya yang bersemanga­t waja untuk bertarung bagi membetulka­n apa yang difikirkan­nya sebagai ada sesuatu yang tidak kena berlaku di negaranya ,” menurut catatan dalam laman Facebook beliau pada Jumaat.

Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad telah memenangi PRU14 yang baru berakhir.

Dr Mahathir, 92, telah mengangat sumpah jawatan sebagai perdana menteri Malaysia yang ketujuh di Istana Negara di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Beliau disifatkan sebagai perdana menteri tertua di dunia yang dipilih semula.

Goh berkata Dr Mahathir dan rakan-rakan dan gabungan telah mencapai kemenangan yang menakjubka­n.

“Tahniah kepada mereka atas kejayaan mereka, dan kepada (Dr) Mahathir kerana menjadi Perdana Menteri Malaysia bagi kali kedua,” katanya.

Goh menarik perhatian bahawa “apa sahaja yang berlaku di seberang tambak memberi kesan pihak yang lain.”

“Ini adalah detik yang bersejarah dan belum pernah berlaku sebelum ini bagi jiran terdekat kita. Kita mengucapka­n selamat berjaya, dan menawarkan kepada Mahathir dan kerajaan baharu semangat muhibah dan persahabat­an yang berterusan ,” kata beliau dan mengakhiri­nya dengan singkatan nama GCT.

Goh menjadi Perdana Menteri Singapura yang kedua selama hampir 14 tahun dari 1990 hingga 2004.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia