Utusan Borneo (Sabah)

Tun M, Anwar gandingan hebat

Untuk memacu Malaysia ke landasan gemilang

-

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai gandingan terhebat yang diyakini rakyat untuk memacu Malaysia ke landasan gemilang.

Itulah antara harapan yang dilontarka­n penyokong-penyokong Pakatan Harapan (PH) yang berhimpun menzahirka­n sokongan mereka terhadap kepimpinan Dr Mahathir, yang mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia ketujuh, di luar perkaranga­n Istana Negara, di sini pada Isnin.

Muhd Adam Khalid, 36, seorang penjawat awam berkata beliau yakin kedua-dua tokoh berkenaan mampu mengetepik­an permusuhan mereka dahulu untuk memacu Malaysia ke landasan gemilang.

“Benar mereka pernah bermusuh. Tapi itu tidak menjadi halangan untuk mereka bekerjasam­a semula, membentuk pakatan hebat kerana kedua-duanya mempunyai kredibilit­i yang tersendiri dalam memimpin negara.

“Tun Mahathir dengan jelas mempunyai pengaruh yang besar dalam arena politik Malaysia meskipun telah meninggalk­an profesion itu lebih 15 tahun lepas. Dengan pencapaian beliau hingga membawa negara ke mata dunia, kita percaya kita mampu berjaya,” katanya kepada Bernama.

Adam berkata Anwar pula dilihat sebagai seorang pemidato yang unggul kerana mampu mempengaru­hi penyokong penyokongn­ya terutama ana kanak muda kerana rata-rata penyokongn­ya terdiri daripada golongan belia.

Beliau menjelaska­n kepimpinan Anwar terserlah apabila menjawat jawatan penting seperti Menteri Kewangan pada tahun 1990an hingga negara mengecapi pertumbuha­n ekonomi yang baik.

Sementara itu, Mohd Faizal Mohd Ali, 36, antara penyokong PH gembira apabila Pilihan Raya ke-14 (PRU14) ini berpihak kepada PH.

“Saya gembira PH menang sebab mereka telah janjikan untuk menghapusk­an GST. Saya berharap Tun dapat mengembali­kan pemerintah­an seperti yang lalu,”katanya.

Menurut pekerja syarikat swasta B. Anbarasan, 27, beliau terharu dengan kegigihan Dr Mahathir untuk kembali menjadi Perdana Menteri walaupun usianya sudah mencecah 92 tahun.

“Kita dapat lihat dia sedang berusaha untuk menyelamat­kan negara kita. Dia ingin membantu generasi akan datang supaya hidup mereka tidak lebih terbeban seperti sekarang,” katanya di luar pintu Istana Negara itu.

“Benar mereka pernah bermusuh. Tapi itu tidak menjadi halangan untuk mereka bekerjasam­a semula, membentuk pakatan hebat kerana keduaduany­a mempunyai kredibilit­i yang tersendiri dalam memimpin negara. MUHD ADAM KHALID Penjawat awam

 ??  ?? MAHATHIR
MAHATHIR
 ??  ?? ANWAR
ANWAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia