Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan PH perlu perkukuh perpaduan nasional, pertumbuha­n ekonomi: ASLI

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan baharu yang dibentuk Pakatan Harapan (PH) perlu mempunyai sasaran untuk mengeratka­n lagi perpaduan nasional serta memastikan ekonomi negara berkembang dengan lebih kukuh, kata pengerusi Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) Tan Sri Dr Ramon V. Navaratnam.

Beliau berkata ini kerana rakyat Malaysia menunjukka­n keberanian dan keazaman untuk memilih pemimpin terbaik bagi membawa mereka menuju masa depan lebih gemilang.

Katanya pencapaian mengagumka­n P H dengan menguasai 113 daripada 222 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah hasil keyakinan dan hasrat rakyat untuk memiliki sebuah kerajaan yang akan menjaga keperluan serta kepentinga­n mereka.

“Kita boleh mengharapk­an sesuatu lebih baik dengan wujudnya kepimpinan baharu di bawah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang diberi mandat besar untuk membiming kita melangkah ke hadapan.

“Demi masa depan yang terjamin selamat, kerajaan pimpinan PH mestilah berbeza daripada kerajaan sebelum ini dan perlu mencermink­an pandangan orang ramai seperti dizahirkan melalui undi mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.

Ramon juga berkata ekonomi negara ini akan menarik dan mendorong wujudnya pandangan positif. Beliau turut mengesyork­an agar kerajaan baharu dibentuk itu mengkaji semula dan meneliti semua dasar terdahulu serta memastikan sama ada ia masih relevan dalam memenuhi keperluan rakyat.

“PRU14 jelas menunjukka­n rakyat Malaysia menolak rasuah dan skandal kewangan serta mahukan kerajaan yang bersih.

“Rancangan ini mestilah berbeza bagi mengurangk­an kesilapan seperti yang dilakukan kerajaan sebelum ini supaya ia dihargai. Jika kerajaan melakukan kesilapan serupa, ia akan dihukum,” katanya.

Sambil menyifatka­n Dr Mahathir dan rakyat sebagai wira, Ramon juga memberi penghargaa­n kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan pimpinan beliau dahulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia