Utusan Borneo (Sabah)

Polis HK matikan bom WWII

Yang ketiga ditemui tahun ini, ratusan penduduk dipindah

-

HONG KONG: Ratusan penduduk dipindahka­n semalam setelah sebutir bom Perang Dunia Kedua dijumpai di sebuah tapak pembinaan di Hong Kong (HK), kata polis, penemuan ketiga seumpamany­a di wilayah itu pada tahun ini.

Polis menutup jalan dan memindahka­n kira-kira 1,200 orang dari kedai, restoran dan pejabat dalam daerah perniagaan Wanchai yang sibuk manakala pakar cuba menggali dan mematikan bom buatan Amerika Syarikat (AS) seberat 450 kilogram itu.

Bom itu, yang tidak aktif selama lebih 70 tahun sebelum ia ditemui pada Khamis, adalah model yang sama dengan dua bom lain yang dijumpai pada Januari lalu di tapak yang sama, di mana kerja sedang dijalankan untuk membina sebuah stesen kereta api metro baharu.

“Dua bom sebelum ini diletakkan secara mendatar, sebaliknya bom ini menegak. Dua pertiga bom sebenarnya ditanam dalam tanah, kami perlu menggali sekurang kurangnya sebahagian daripada objek itu sebelum kami memulakan operasi kami,” kata pegawai pemusnahan bom Lai Ngo-yau.

“Oleh kerana bom itu tidak stabil, kami perlu melakukann­ya dengan sangat teliti,” kata Lai.

Hong Kong menyaksika­n pertempura­n yang sengit antara tentera Jepun dengan tentera Bersekutu sewaktu Perang Dunia Kedua (WWII), dan pejalan kaki serta pekerja binaan masih dari semasa ke semasa menjumpai bom yang belum meletup di wilayah itu.

Pakar sejarah tempatan Jason Wordie berkata Hong Kong dibom dengan teruk oleh AS pada 1941 pada permulaan kempen Pasifik dalam peperangan tersebut.

“Apa yang mereka sasari adalah limbungan komersil di seberang pelabuhan,” katanya.

Penebusgun­aan tanah untuk memperluas­kan tebingan Hong Kong dalam tempoh beberapa dekad selepas perang menjumpai beberapa butir bom yang jatuh di pelabuhan, ujar Wordie.

Pada 2016, seorang pejalan kaki menjumpai dua butir bom mortar dan enam bom tangan era Perang Dunia Kedua yang tidak meletup di sebuah laluan berhampira­n kawasan kejiranan Happy Valley.

“Bom itu, yang tidak aktif selama lebih 70 tahun sebelum ia ditemui pada Khamis, adalah model yang sama dengan dua bom lain yang dijumpai pada Januari lalu di tapak yang sama, di mana kerja sedang dijalankan untuk membina sebuah stesen kereta api baharu.” metro

 ?? — Gambar AFP ?? ANGGOTA unit pemusnahan bom bersedia untuk memusnahka­n bom yang ditemui di sebuah tapak pembinaan di daerah perniagaan Wanchai di Hong Kong.
— Gambar AFP ANGGOTA unit pemusnahan bom bersedia untuk memusnahka­n bom yang ditemui di sebuah tapak pembinaan di daerah perniagaan Wanchai di Hong Kong.
 ?? — Gambar AFP ?? ANGGOTA unit pemusnahan bom memeriksa bom yang ditemui di sebuah tapak pembinaan di daerah perniagaan Wanchai di Hong Kong, semalam.
— Gambar AFP ANGGOTA unit pemusnahan bom memeriksa bom yang ditemui di sebuah tapak pembinaan di daerah perniagaan Wanchai di Hong Kong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia