Utusan Borneo (Sabah)

Perbalahan tanah: Kaum asli ugut pulau pilihan raya Mexico

-

BOLAOS: Anggota suku kaum Wixarika di Mexico pada Rabu mengugut untuk memulaukan pilihan raya akan datang di negara itu dan menutup semua akses kepada masyarakat mereka jika tanah nenek moyang mereka yang besar tidak dikembalik­an.

Kaum Wixarika, yang tinggal di kawasan pergununga­n barat Mexico dan terkenal kerana hasil seni mereka yang berwarna-warni, sedang berusaha untuk mendapatka­n semula tahan seluas 10,000 hektar yang menurut mereka telah diceroboh penternak lembu.

Mahkamah telah membuat keputusan yang memihak kepada mereka, tetapi mereka berkata penternak bersen- jata berat masih menghalau mereka dari tanah mereka, manakala pihak berkuasa menutup sebelah mata.

Sebagai bantahan, kaum Wixarika telah mendirikan sekatan jalan di luar komuniti mereka pada minggu lepas dan mula menyekat akses kepada semua calon politik dan bahan kempen, pada waktu Mexico berada dalam mod kempen sepenuhnya untuk pilihan raya presiden, perundanga­n dan tempatan pada 1 Julai.

Pada Rabu mereka pergi lebih jauh lagi apabila mereka mengumumka­n mereka akan menyekat semua akses ke perbandara­n Mezquitic dan Bolanos, dalam negeri barat Jalisco, bermula tengah malam, dan enggan membiarkan pihak berkuasa pilihan raya untuk menganjurk­an pilihan raya akan datang.

“Kami akan menyekat semua jalan. Hari berikutnya kami akan menutup semua sekolah juga, jika kami tidak menerima jawapan yang baik daripada Presiden Enrique Pena Nieto,” kata ketua masyarakat Santos Hernandez.

Sementara lelaki Wixarika berjaga di sekatan jalan yang disesuaika­n sambil memakai topi jerami dan tali pinggang tradisiona­l yang berwarnawa­rni, orang lain menggantun­g sepanduk protes dengan mesej seperti: “Kaum Wixarika akan mempertaha­nkan tanah mereka, dengan nyawa kami jika terpaksa.”

“Kami tidak akan memberi sebarang undian lagi kepada sistem politik Mexico, memandangk­an tidak semua rakyat Mexico diwakili, kita hidup dalam negara yang gagal, dan kedaulatan undang-undang tidak ada,” kata Ubaldo Valdes, seorang jurucakap bagi perkampung­an Mesa del Tirador.

Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Negara Mexico pada Isnin menyeru kepada pihak berkuasa untuk campur tangan dalam konflik berkenaan dan memastikan tanah kaum Wixarika dikembalik­an.

“Komuniti Jalisco tertakluk kepada siri ancaman yang menunjukka­n kesepian yang mereka jalani selama berabadaba­d,” katanya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia