Utusan Borneo (Sabah)

Christina gesa rakyat terus bertenang

-

TAWAU: Ahli Parlimen Tawau Christina Liew (gambar) menggesa agar rakyat terus bertenang dan mempertaha­nkan perpaduan kerana keinginan mereka untuk perubahan sudah berlaku dan ianya akan dipertahan­kan mengikut perlembaga­an negara.

Beliau berkata apa juga jenis kekerasan yang dibuat hanya akan disasarkan kepada rakyat Malaysia yang lain dan ini akan membawa faedah kepada pihak-pihak yang ingin menggangu ketenteram­an semasa proses peralihan arena politik negara.

“Mohon untuk bersabar kerana ini merupakan pertama kali peralihan sebegini berlaku dan ianya memerlukan masa,” gesanya.

Christina berkata Perdana Menteri kini, Tun Mahathir Mohamad sedia maklum akan apa yang berlaku dan sedang berusaha menyelesai­kan perkara yang timbul dan boleh membahayak­an negara dari dalam.

Berpanduka­n kepada situasi yang dihadapi di Sabah, beliau berkata ramai yang terganggu dengan perubahan yang drastik tetapi menekankan huruhara terhasil dari perkara tersebut tidak akan memberikan apa juga manfaat kepada rakyat malah akan memburukka­n lagi keadaan.

“Pada masa ini, kita perlu bertenang dan mengekalka­n perpaduan kita kerana pada penghujung hari, kita semua masih lagi rakyat Malaysia yang tinggal di bawah satu bumbung,” tambahnya.

Mengenai kes pembakaran harta benda yang melibatkan pemimpin parti STAR, beliau berkata pihak kepimpinan parti tersebut telah mengabaika­n suara ahli parti dengan memihak kepada Barisan Nasional (BN).

“Saya amat sedih melihat tindakan pemimpin-pemimpin parti STAR tetapi berlaku ganas bukan dalam kehendak kita kerana perubahan yang kita perjuangka­n telah berlaku dan ini adalah matlamat muktamat kita semua,” ujarnya.

Christina dalam masa yang sama berkata beliau faham akan kemarahan yang timbul dari penyokong-penyokong parti tersebut kerana mereka ingin perubahan dan kini pemimpin mereka menukar pendirian dengan menyokong BN dan ini menunjukka­n sikap mereka yang tidak menghormat­i suara ahli mereka tetapi memetingka­n diri sendiri.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia