Utusan Borneo (Sabah)

Dr Mahathir janji kurangkan rasuah

-

KUALA LUMPUR:Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berjanji akan mengurangk­an amalan rasuah di negara ini ke tahap paling minimum.

Beliau berkata ini kerana, kerajaan Pakatan Harapan (PH) sedar bahawa rasuah terutamany­a rasuah politik, telah menjejaska­n proses demokrasi dengan begitu teruk.

Dr Mahathir berkata kerajaan baharu pimpinanny­a juga menyedari bahawa adalah mustahil untuk menghapusk­an sepenuhnya amalan rasuah di negara ini.

“Sebagai contoh, pilihan raya (PRU14) sepatutnya berjalan secara bebas dan bersih tetapi kami dapati pilihan raya kali ini tidak bersih langsung. Rakyat dibeli.

“Sempadan kawasan pilihan raya negara ini diubah, semua ini lebih teruk daripada ‘gerrymande­ring’ . Ia jelas sekali untuk memberi kelebihan kepada kerajaan (sebelum ini),” katanya pada sidang berita khas di sini, pada Jumaat.

Turut hadir kesemua pemimpin parti-parti PH – PKR, DAP, PPBM dan Amanah.

Dr Mahathir berkata kerajaan akan mengkaji persempada­nan semula kawasan pilihan raya yang dilakukan kerajaan terdahulu sebelum berlangsun­gnya Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei.

“Di mana perlu, kami akan ubah kembali ke sempadan asal dan sekiranya kami mempunyai majoriti dua per tiga, kami akan memberi pertimbang­an tentang agihan penduduk yang tidak sama, jumlah penduduk di setiap kawasan,” kata beliau.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan akan meneliti sama ada pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) terlibat dengan rasuah atau bersikap berat sebelah.

Dr Mahathir berkata selain itu, kerajaan akan mengkaji sama ada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersikap adil atau sebaliknya.

“Sekiranya kami dapati mereka berat seblah atau menyebelah­i mana-mana kumpulan, termasuk kami sendiri, kami perlu menggantik­an mereka, dan seperti yang kami janjikan, ketua baharu jabatan-jabatan utama kerajaan akan ditapis oleh Parlimen,” kata beliau.

Menjawab soalan sama ada kerajaan baharu itu akan menyemak hasil siasatan terhadap 1MDB, yang didapati tidak mempunyai kes oleh peguam negara, Dr Mahathir berkata kerajaan sedang meneliti perkara itu.

“Kami perlu meneliti siapa Peguam Negara ini. Ketika ini, Peguam Negara telah merendahka­n kredibilit­i beliau sendiri. Malah, beliau telah menyembuny­ikan bukti salah laku dan ini adalah salah di sisi undang-undang.

“Kami perlu lakukan apa yang dibenarkan undang-undang negara ini. Bagi tujuan itu, kami perlu berunding dengan pentadbir dan peguam untuk mengetahui sama ada apa yang kami lakukan adalah sejajar dengan peruntukan undangunda­ng negara ini.

“Tetapi, niat kami adalah untuk memburu mereka yang menunjukka­n kecenderun­gan melakukan rasuah atau yang melakukan rasuah yang sudah diketahui,” kata Dr Mahathir. -Bernama

 ??  ?? MAHATHIR (tengah) ketika sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Al-Bukhary pada Jumaat. -Gambar Bernama
MAHATHIR (tengah) ketika sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Al-Bukhary pada Jumaat. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia