Utusan Borneo (Sabah)

PH bentuk kerajaan Kedah,Mukhriz jadi MB

-

ALOR SETAR: Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan negeri di Kedah dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir hari ini dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang ke-13.

Mukhriz, 53, yang juga pengerusi PH Kedah melafazkan sumpah memegang jawatan itu di hadapan Sultan Kedah Sultan Sallehuddi­n Ibni Almarhum Sultan Badlishah dalam majlis yang berlangsun­g di Balairung Seri Kecil, Istana Anak Bukit di sini.

Turut berangkat di istiadat itu ialah Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff dan Raja Muda Kedah Datuk Tengku Sarafuddin Badlishah Sultan Sallehuddi­n.

Berangkat sama Tunku Bendahara Kedah Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah, Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Tunku Laksamana Kedah, Datuk Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddi­n.

Isteri Mukhriz, Tok Puan Norzieta Zakaria serta pimpinan PH negeri hadir sama.

Pelantikan Mukhriz pada Jumaat sekaligus menamatkan penantian rakyat Kedah selama beberapa hari apabila pembentuka­n kerajaan negeri Kedah sebelum ini tergantung selepas tiada mana-mana parti atau pakatan yang mendapat majoriti mudah yang diperlukan iaitu 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei.

Ini apabila PH menguasai 18 daripada 36 kerusi DUN, Barisan Nasional pula hanya memenangi tiga kerusi manakala PAS memperoleh 15 kerusi.

Mukhriz, pernah dilantik sebagai menteri besar Kedah pada Mei 2013 yang ketika itu beliau merupakan pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO negeri selepas Barisan Nasional (BN) berjaya menguasai Kedah pada PRU13. Bernama

 ??  ?? SULTAN Kedah Sultan Sallehuddi­n Sultan Badlishah menyampaik­an Watikah Pelantikan pada Istiadat Angkat Sumpah Menteri Besar Kedah kepada Mukhriz di Balairung Seri Istana Anak Bukit pada Jumaat. -Gambar Bernama
SULTAN Kedah Sultan Sallehuddi­n Sultan Badlishah menyampaik­an Watikah Pelantikan pada Istiadat Angkat Sumpah Menteri Besar Kedah kepada Mukhriz di Balairung Seri Istana Anak Bukit pada Jumaat. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia