Utusan Borneo (Sabah)

Azmin angkat sumpah MB Selangor untuk penggal kedua

-

KLANG: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor untuk penggal kedua di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah di Istana Alam Shah di sini, pada Jumaat.

Turut berangkat mengiringi baginda pada istiadat angkat sumpah jawatan dan ikrar akujanji serta pengurniaa­n surat cara pelantikan Menteri Besar Selangor itu ialah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Sambil memegang Lembing Sembuana, Mohamed Azmin turut melafazkan 10 ikrar akujanji sebagai menteri besar, antaranya memelihara serta menjunjung tinggi prinsip Rukunegara dan memelihara kedaulatan institusi Raja serta mempertaha­nkan nya daripada dicemari dan diganggu gugat oleh mana-mana pihak.

Menteri besar turut berikrar untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu serta pada masa sama kepentinga­n sah kaum lain sepertiman­a termaktub dalam Perlembaga­an Persekutua­n dan UndangUnda­ng Tubuh Kerajaan Selangor 1959, selain memelihara jawatan yang dipegang daripada dicemari dengan pelakuanpe­lakuan menyalahi undangunda­ng.

Istiadat angkat sumpah itu yang disaksikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah berlangsun­g di Balairung Seri istana pada kira-kira pukul 3.30 petang.

Turut hadir isteri Mohamed Azmin, Datin Seri Shamsidar Taharin dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya.

Mohamed Azmin, 54, yang juga timbalan presiden PKR, mengangkat sumpah pertama kali sebagai menteri besar pada 23 Sept 2014.

Pada Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU14) Rabu lepas, Mohamed Azmin mempertaha­nkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabang­sa dengan majoriti 25,512 undi dan kerusi Parlimen Gombak dengan majoriti 48,721 undi.

Pada pilihan raya umum itu, Pakatan Harapan mendapat majoriti dua pertiga dengan memenangi 51 daripada 56 kerusi DUN.

Sementara itu, BN kehilangan lapan daripada 12 kerusi DUN yang dimenangi pada PRU13 dan PAS hanya mampu memenangi satu berbanding 12 kerusi DUN yang dimenangi sebelum ini. -Bernama

 ??  ?? AZMIN mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah pada Majlis Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Dan Ikrar Aku Janji Serta Pengurniaa­n Surat Cara Perlantika­n Menteri Besar Selangor Dan Istiadat...
AZMIN mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah pada Majlis Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Dan Ikrar Aku Janji Serta Pengurniaa­n Surat Cara Perlantika­n Menteri Besar Selangor Dan Istiadat...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia