Utusan Borneo (Sabah)

Ultimate Beatdown Borneo menggegar ITCC hari ini

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN RAYNER (tiga dari kanan) bersama Ceasar (empat dari kiri) serta beberapa jawatankua­sa penganjur di ITCC, Penampang yang akan menjadi venue Ultimate Beatdown Borneo.

KOTA KINABALU: Lebih 70 peserta profesiona­l dan amatur dari dalam dan luar Sabah akan bertarung dalam acara Ultimate Beatdown Borneo di Internatio­nal Technology & Commercial Centre (ITCC), Penampang hari ini.

Pengerusi penganjur, Rayner Kinsiong dari Team Karabaw Malaysia berkata, acara itu adalah anjuran bersama pasukannya dan Persatuan Muaythai Sabah dengan kerjasama ITCC.

Acara itu melibatkan 37 pertarunga­n termasuk dua acara utama dalam kategori Seni Mempertaha­nkan Diri Campuran Profesiona­l atau Profession­al Mixed Martial Arts (MMA).

Antara yang menjadi tumpuan dalam kategori profesiona­l adalah pertarunga­n kelas Pro Middleweig­ht antara peserta Labuan, Mike Sidis yang mewakili Borneo Combat Gym Malaysia dan Ryan Feltner dari USA.

Turut dijangka mencuri tumpuan adalah pertarunga­n antara peserta tempatan dari Tamparuli, Masko Franklin Maun yang mewakili Team Karabaw Malaysia dan peserta berpengala­man dari Amerika, Isamu Himura yang kembali ke gelanggang selepas bersara sebelum ini.

Rayner berkata, selain daripada dua perlawanan profesiona­l itu, beberapa pertarunga­n turut dijangka menghiburk­an melibatkan peserta-peserta amatur seperti Dayat of Khaliffa dari MMA Brunei menentang Ketholetuo Nagi (India) dalam acara Flyweight MMA dan Imkongsune­p (India) menentang Lim Zhen Teng (Evolve Singapura) serta Charles Liew (Singapura) menentang peserta tempatan, Vitalis Raining (Kalai Brothers) dalam acara Bantamweig­ht MMA.

Pertarunga­n MMA lain adalah Guwahati (India) menentang Hillarius Ngumbang (Warmonger Sarawak) dalam acara Featherwei­ght dan pertembung­an antara dua peserta Sabah, George Jason menentang Hamid Ismail serta Nigel Lakai (Warmonger Sarawak) menentang Iswandy (Muaythai Kenyalang Sarawak) dalam acara Middleweig­ht.

Turut akan menjadi tumpuan adalah pertarunga­n wanita antara Magdelina Meding (Tomoi Labuan) dan Emillia E Rayner (Warmonger Sarawak) dalam kelas Starwweigh­t 52kg.

Selain daripada pertarunga­n MMA, terdapat beberapa lagi kategori lain seperti Amateur Cage K1 dan Amateur Cage Boxing melibatkan beberapa kelas berat badan untuk lelaki dan wanita.

Pertanding­an diadakan dalam dua sesi di mana sesi pertama berlangsun­g pada jam 1.00-5.00 petang manakala sesi kedua melibatkan acara-acara bertuma bermula jam 6.00 petang.

“Antara tujuan utama acara ini adalah memperkena­lkan ITCC, Penampang sebagai hub seni mempertaha­nkan diri terutamany­a sukan MMA dan Muaythai. Pada masa yang sama ini juga akan memberi manfaat kepada seni mempertaha­nkan diri di negeri ini,” kata Rayner.

Beliau berterima kasih kepada Pengurus Besar Kumpulan ITCC, Ce asar Mandela Mala kun kerana menyokong dengan menyediaka­n tempat yang memenuhi semua keperluan menjayakan acara itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia