Utusan Borneo (Sabah)

Mourinho enggan kritik pemain United

Walaupun beraksi hambar ketika diikat West Ham 0-0

-

LONDON: Pengurus Manchester United Jose Mourinho enggan mengkritik pasukannya walaupun mempamerka­n satu lagi persembaha­n yang hambar dalam serangan apabila mereka menjamin tempat kedua dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan keputusan seri 0-0 di West Ham kelmarin.

Dalam perlawanan yang menyajikan sedikit sahaja peluang yang jelas, cubaan Luke Shaw terkena tiang gol manakala Paul Pogba menanduk bola yang tersasar dengan pembukaan terbaik oleh United.

Kegagalan menjaringk­an gol bagi kali ketiga dalam lima perlawanan liga terakhir mereka untuk MU bermakna seteru tempatan Manchester City dapat mencipta satu lagi rekod EPL dengan memenangi liga dengan kelebihan sekurang-kurangnya 19 mata jika mereka menang di Southampto­n pada hari terakhir musim ini esok (Ahad).

“Kami adalah pasukan kedua terbaik dalam EPL, pertanding­an yang hebat sekali dengan banyak pasukan yang bagus,” kata Mourinho. “Kami menduduki tempat kedua.

Saya tidak gembira sepenuhnya kerana itu bukan sifat saya, tetapi sejak waktu kami rasa ia mustahil untuk menamatkan musim ini di tempat pertama, kami telah menyasari tempat kedua dan ia sudah dicapai pada hari ini.”

Dalam perlawanan pertama United sejak bekas pengurus legenda Alex Ferguson terpaksa menjalani pembedahan kecemasan ke atas pendarahan otak, penyokong pelawat menunjukka­n sokongan mereka kepada lelaki berbangsa Scot berusia 76 tahun itu dengan laungan “semua kami sayang Alex Ferguson”. Suasana lebih sugul bagi penyokong tuan rumah pada hujung satu lagi musim yang amat mengecewak­an bagi The Hammers.

Dua tahun lalu, West Ham mengucapka­n selamat jalan kepada Upton Park dalam kemenangan 3-2 yang mengujakan ke atas United pada malam penuh emosi di East London. Kemenangan itu turut melayakkan mereka untuk bermain bola sepak pada peringkat Eropah, tetapi pemindahan ke Stadium London, yang dipromosik­an kepada penyokong sebagai peluang West Ham untuk bersaing dengan kelab elit dalam EPL, setakat ini ternyata lembaran baharu yang ti- - Gambar Reuters dak menjadi. Kelangsung­an hanya terjamin dari segi matematik pada hujung minggu lepas dan West Ham masih di tempat ke-15.

“Ia adalah pencapaian yang besar bagi kami,” tegas pengurus West Ham, David Moyes, mengenai kejayaan mereka untuk mengekalka­n penyertaan mereka dalam liga utama.

“Kami terpaksa menyusun pemain sedikit selepas kami masuk, dan kami sudah melakukann­ya. Ini adalah sebuah kelab yang besar dan harapan adalah tinggi daripada penyokong, jadi mereka perlu meningkatk­an prestasi.” Mourinho menangani kekalahan 1-0 yang mudah pada minggu lepas di Brighton dengan melakukan lapan perubahan dengan meletakkan Marcus Rashford dan Anthony Martial di bangku pemain simpanan walaupun Romelu Lukaku masih belum dapat bermain kerana cedera. Bagaimanap­un ia gagal untuk mencetuska­n reaksi segera apabila West Ham menimbulka­n ancaman awal. Gol-gol Marko Arnautovic telah memberi harapan kepada anak buah Moyes untuk terus bermain dalam liga utama dan pemain Austria itu berjaya meletakkan diri dalam posisi yang baik untuk mencuba jaringan pada minit keenam tetapi menyasari rembatan terlalu dekat dengan David de Gea.

Adrian telah diturunkan semula untuk menjaga gol West Ham dalam tiga perlawanan terakhir di tempat penjaga gol antarabang­sa England, Joe Hart, dan menunjukka­n kenapa dengan menyelamat­kan bola yang cantik sebanyak tiga kali.

Jesse Lingard adalah pemain pertama yang dinafikan dengan satu cubaan jarak jauh yang kencang sebelum Adrian mempamerka­n reaksi yang cepat untuk menyelamat­kan gawang daripada cubaan Alexis Sanchez dan kemudian bangun untuk menolak cubaan Shaw ke atas palang gol.

Persembaha­n hambar MU dicerminka­n oleh kegagalan Pogba sekali lagi untuk mengawal permainan.

Pemain tengah bernilai 89 juta pound (RM490 juta) itu mendapat peluang terbaik bagi pasukan pelawat apabila dia menanduk bola yang tersasar sedikit sejurus selepas 60 minit selepas menerima bola hantaran lintang yang tepat daripada Antonio Valencia.

Pemain Perancis itu nyaris menjaringk­an gol beberapa minit kemudian dengan rembatan yang melepasi tiang gol sedikit dari sudut kecil.

Kekecewaan Pogba kemudian melimpah apabila dia bernasib baik dilayangka­n kad kuning sahaja setelah dia bergelut dengan kapten West Ham, Mark Noble, apabila kemarahan meletus pada peringkat akhir perlawanan. –

 ??  ?? PEMAIN pertahanan Manchester United Chris Smalling, menanduk bola ke gawang West Ham pada pertemuan kedua-dua pasukan di Stadium London.
PEMAIN pertahanan Manchester United Chris Smalling, menanduk bola ke gawang West Ham pada pertemuan kedua-dua pasukan di Stadium London.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia