Utusan Borneo (Sabah)

Bantah pengadil: FA dakwa Chelsea

-

LONDON: Chelsea telah didakwa oleh Persatuan Bola Sepak (FA) kerana menunjukka­n kemarahan mereka kepada pengadil Lee Mason dalam keputusan seri 1-1 dengan Huddersfie­ld yang merosakkan kempen mereka.

Mason menimbulka­n kemarahan pemain Chelsea apabila, pada kedudukan 0-0, dia memberikan tendangan sudut tetapi kemudian meniup wisel untuk waktu rehat sebelum ia dapat diambil.

Cesar Azpilicuet­a, Cesc Fab regas dan A n ton i o Ru di ger mengetuai bantahan, dan Rudiger ditarik oleh penolong jurulatih Carlo Cudicini, yang turut menghalang pengurus The Blues, Antonio Conte, daripada mendekati Mason untuk bersemuka dengannya.

“Chelsea didakwa atas tuduhan gagal memastikan pemain dan/atau pegawai mereka mengendali diri dengan cara yang teratur,” satu kenyataan FA mengumumka­n kelmarin.

“Insiden itu berlaku pada waktu rehat dalam perlawanan semalam menentang Huddersfie­ld Town. Chelsea ada masa sehingga jam 6.00 petang Selasa (15 Mei 2018) untuk menjawab tuduhan.”

Pasukan Conte dikecewaka­n oleh taktik Hud dersfield yang membuang masa sepanjang perlawanan untuk memalapkan harapan mereka untuk layak ke Liga Juara-Juara pada musim akan datang.

Chelsea, yang menduduki tempat kelima dan bertandang ke Newcastle untuk perlawanan terakhir mereka bagi musim Liga Perdana Inggeris esok (Ahad), ketinggala­n dua mata di belakang Liverpool di tempat keempat dan akan bermain dalam Liga Europa jika The Reds mengelak kekalahan kepada Brighton pada hujung minggu ini. –

 ?? - Gambar AFP ?? PARA pemain Chelsea mengerumun­i pengadil Lee Mason ketika perlawanan menentang Huddersfie­ld selepas pengadil tersebut meniup wisel menamatkan permainan separuh masa pertama di Stamford Bridge.
- Gambar AFP PARA pemain Chelsea mengerumun­i pengadil Lee Mason ketika perlawanan menentang Huddersfie­ld selepas pengadil tersebut meniup wisel menamatkan permainan separuh masa pertama di Stamford Bridge.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia