Utusan Borneo (Sabah)

Hamilton harapkan prestasi, bukan tuah

-

BARCELONA, Sepanyol: Pendahulu keseluruha­n kategori pemandu Formula Satu (F1), Lewis Hamilton, berharap untuk dapat mengharapk­an prestasi sebenar dan bukan tuah ketika F1 kembali ke Eropah hujung minggu ini.

Tetapi pengurus pasukan beliau di Mercedes, Toto Wolff, memberi amaran di mana pasukannya akan berdepan saingan sengit untuk menang di Grand Prix Sepanyol, satu perlumbaan yang menyaksika­n banyak drama dan tarikan sejak beberapa musim yang lalu.

Hamilton, 33, juara dunia empat kali, mencipta kemenangan yang tidak dijangka dan kelebihan empat mata dalam senarai kategori pemandu keseluruha­n apabila memenangi perlumbaan Grand Prix Azerbaijan selepas beberapa kemalangan dan insiden kepada pencabarny­a.

Ia adalah kemenangan pertama Hamilton musim ini – melanjutka­n rekod mengutip setiap mata dari 29 perlumbaan tetapi beliau dengan pantas mengakui ia adalah kemenangan paling bertuah dalam kariernya selepas Ferrari menguasai awal perlumbaan.

“Ada dua perlumbaan pelik yang menarik perhatian kami,” kata beliau.

“Tetapi kami tahu kami tidak dapat bergantung kepada tuah untuk 17 perlumbaan akan datang. Kami memerlukan prestasi sebenar dan keyakinan dalam kereta,”

Hamilton menang dua kali di Litar Catalunya dalam empat tahun terakhir, selepas menduduki petak pertama sebanyak tiga kali dalam tempoh itu.

Tetapi kali ini, beliau tiba dengan prestasi kurang memberangs­angkan walaupun mendahului keseluruha­n kategori pemandu dari pencabar terdekat yang juga juara dunia empat kali, Sebastian Vettel yang memburu petak pertama yang keempat berturut-turut tetapi yang pertama di Sepanyol.

Saingan hujung minggu ini juga dilihat sebagai petunjuk jelas untuk musim akan datang ketika ia dianggap sebagai litar “penentu” di mana, menjelang malam Ahad, akan menyaksika­n semua pasukan teratas menaik taraf pakej mereka selepas empat perlumbaan pertama.

“Ia pastinya menarik untuk melihat berapa banyak pembaharua­n dilakukan dalam pasukan dan apa impak dari naik taraf itu untuk kedudukan saingan pasukan,” kata Wolff.

“Ia langkah pertama dalam pembanguna­n perlumbaan dan ia boleh berlarutan sehingga akhir musim.”

Hamilton tahu usaha beliau memburu kejuaraan dunia bergantung kepada kejayaan pasukan mencari jawapan kepada masalah prestasi yang menyaksika­n beliau bergelut dalam beberapa perlumbaan.

“Saya memiliki kepantasan dan begitu juga kereta tetapi kami tidak mampu melakukann­ya dalam litar dan kami harus juga memperbaik­i beberapa bahagian,” kata beliau di Baku, di mana beliau sendiri terkejut dengan kemenangan­nya.

Sejak beberapa tahun yang lalu, litar di Montmelo, di barat laut Barcelona, menjadi saksi kehadiran bintang muda berbakat dari Belanda, Max Verstappen, yang memenangi perlumbaan pada 2016 bersama Red Bull, selepas dua kereta Mercedes berlanggar sesama sendiri pada pusingan pertama.

Pelanggara­n di antara dua kereta Red Bull di Baku turut menyumbang kemenangan Hamilton dua minggu lepas dan ini akan memastikan disiplin lebih ketat dalam pasukan Red Bull dengan Daniel Ricciardo dan Verstappen meningkatk­an saingan mereka.

“Ia mungkin sangat penting untuk musim ini,” kata Verstappen.

“Saya berminat untuk melihat prestasi semua orang. Kami mempunyai semua naik taraf dan berharap semuanya positif untuk pasukan.”

Litar Catalunya menjalani proses naik taraf litar sejak tahun lepas dan dengan cuaca panas, ia mungkin memberi kesan besar kepada penggunaan tayar.

Perlumbaan itu juga kali ke-48 untuk Grand Prix Sepanyol dan kali ke-28 di Catalunya dengan Ferrari mempunyai rekod paling berjaya, sesuatu yang mahu diteruskan oleh Vettel dalam usaha menebus kesilapann­ya di Baku. – AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia