Utusan Borneo (Sabah)

Griezmann berharga 100 juta euro

-

MADRID: Pemain pertahanan Atletico Madrid, Filipe Luis, mengakui kelab itu akan melepaskan Antoine Griezmann dengan murah jika klausa beli keluar 100 juta euro (RM480 juta) ditunaikan pada musim panas ini.

Griezmann menegaskan dia mahu masa depannya diselesaik­an sebelum permulaan Piala Dunia, di tengah-tengah spekulasi bahawa penyerang itu bakal berhijrah ke Barcelona.

Penyerang Barca, Luis Suarez, sudah bercakap mengenai Griezmann seakanakan satu perjanjian sudah pun dipersetuj­ui, yang mendorong ketua eksekutif Atletico, Miguel Angel Gil Marin, untuk menyatakan mereka “bosan” dengan tingkah laku kelab Catalan itu.

Griezmann mungkin akan meninggalk­an Atlet i c o dengan gembira dengan memenangi perlawanan akhir Liga Europa menentang Marseille pada minggu depan.

“Griezmann adalah murah, itu adalah pasti, pada harga 100 juta euro dalam pasaran ini,” kata Filipe.

“Ia akan kelihatan jauh lebih murah jika dia bermain dengan baik dalam perlawanan akhir. Itulah realiti, tetapi Griezmann, mahupun kami yang lain, memikirkan tentang perkara ini. Selepas perlawanan akhir, ya, tetapi tidak sebelum.

“Semua kami mahu menang dan ia tidak memberi kesan. Kami gembira untuk bermain bersamanya, tetapi kami bukan hanya Griezmann sahaja, ramai pemain telah bekerja dengan gigih untuk sampai ke peringkat akhir.

“Tidak syak lagi dia adalah pemain kami yang paling penting pada musim ini, jadi kami mahu dia kekal. Tetapi apa yang berlaku kemudian adalah sesuatu yang sama sekali terpisah daripada apa yang berlaku pada minggu ini.”

Griezmann sudah menjaringk­an 30 gol dalam 51 perlawanan pada musim ini, termasuk gol penting di tempat lawan ketika menentang Arsenal dalam perlawanan pusingan pertama separuh akhir Liga Europa.

Pemain Perancis itu telah membentuk gandingan yang kuat dengan Diego Costa, yang menegaskan fokus Griezmann kini adalah kepada perlawanan akhir di Lyon.

“Bagi seorang pemain, apabila Barca mahukan anda, ia membuat anda rasa penting,” kata Costa.

“Tetapi dia tahu bahawa dia adalah penting unuk kami dan kami mahukan dia di sini. Jika selepas itu dia pergi ataupun tidak, ia adalah keputusann­ya.

“Saya sangat gembira bersamanya, bersama kumpulan ini, dan sekarang dia sedang memikirkan untuk memenangi kejuaraan. Jika Griezman dapat mencipta sejarah di sini bersama kami, memenangi kejuaraan itu, maka masa ada selepas itu untuk dia memutuskan apa untuk dibuat.” - AFP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia