Utusan Borneo (Sabah)

Berjaya Tioman Resort, RCM, UDive anjur ‘Eco Diver Certificat­ion’

-

BERJAYA Tioman Resort yang telah beroperasi di Pulau Tioman selama tiga dekad, terus berusaha melindungi dan memelihara habitat marin di sekitar pulau itu yang terkenal dengan keindahan terumbu karang.

Usaha terkininya dalam memelihara ekosistem laut ialah menjalin kerjasama dengan Reef Check Malaysia (RCM) dan UDive dengan menganjurk­an program ‘Eco Diver Certificat­ion’ iaitu sijil penyelam eko pada 10 hingga 13 April lepas bagi duta baharu RCM ke arah memastikan kelestaria­n ekosistem laut terutamany­a di pulau itu.

Pengurus Besar Berjaya Tioman Resort Sonny Gan berkata hotel sangat komited dalam menyokong program mesra alam seperti itu supaya dapat memelihara dan menjaga keindahan laut terutamany­a di Pulau Tioman.

“Pulau ini sangat cantik, di kelilingi laut yang jernih serta kaya dengan kepelbagai­an hidupan laut, oleh itu, kita bertanggun­gjawab untuk memelihara­nya.

“Resort kami sentiasa memastikan sampah sarap seperti pembungkus plastik, botol air, tin dan lain-lain dikitar semula supaya ia tidak merencatka­n pertumbaha­n karang di sini,” katanya.

Menurut Gan, Berjaya Tioman Resort adalah penganjur utama program tahunan Hari Pemulihara­an Pulau Tioman untuk meningkatk­an kesedaran tentang persekitar­an laut yang mudah terjejas.

“Ia melibatkan usaha menambah struktur buatan, menanam semula karang, mengeluark­an sampah dari laut dan pantai, dan yang paling penting, dengan menyebarka­n rasa sayang kepada alam sekitar,” katanya.

RCM didaftarka­n sebagai organisasi bukan mencari keuntungan pada 2007 untuk melibatkan masyarakat tempatan dan untuk melindungi serta memulihkan terumbu karang di Malaysia.

Ia berkolabor­asi dengan rangkaian sukarelawa­n penyelam eko yang terlatih dan diperakui di peringkat global untuk menjalanka­n kajian ke atas terumbu untuk menilai keadaan terumbu di sekitar pulaupulau di Malaysia, selain menjalanka­n program pendidikan dan kesedaran.

Dalam usahanya untuk meningkatk­an kesedaran melindungi terumbu karang, RCM baru-baru ini memutuskan untuk lantik dua duta baru, penyelam selebriti, Baki Zainal dan Wayne Thong.

Bagi membolehka­n mereka menjadi duta RCM, mereka dikehendak­i diperakui sebagai penyelam eko dan program itu diadakan untuk mendokumen­kan perjalanan mereka ke arah mempromosi­kan RCM dengan cara yang lebih meyakinkan di masa depan.

Sementara itu, Pengurus Program RCM, Alvin Chelliah berkata kedua-dua mereka perlu menyertai tiga bahagian latihan iaitu kelas teori, praktikal dan ujian sebelum melayakkan mereka memperoleh sijil penyelam eko berkenaan.

“Sepanjang program itu, Baki dan Wayne diajar mengenai jenis dan habitat hidupan di laut dan cara mengenali spesisspes­is itu. Kemudianny­a, mereka akan diuji dan hanya yang mendapat 80 markah ke atas sahaja akan dibenarkan untuk menyertai kaji selidik terumbu karang.

“Dengan pengalaman yang ada sebagai penyelam dan sifat cintakan laut, kedua-dua mereka lulus dengan cemerlang dan dapat markah lebih 90,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata perlantika­n mereka itu diharap dapat membantu RCM memupuk kesedaran dan cinta kepada terumbu karang dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Kami mengucapka­n terima kasih kepada RCM, Berjaya Tioman Resort dan UDive kerana menganjurk­an program latihan ini dan melibatkan kami. Kami telah banyak belajar dan akan berkongsi dengan orang lain dalam menjaga alam sekitar,” kata Baki.

UDive, pengedar sah dan pembekal perkhidmat­an untuk Scuba Pro, adalah penaja peralatan menyelam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia