Utusan Borneo (Sabah)

150 sertai program pendakian ke Bukit Tinorindak

-

SERAMAI 150

menyertai program pendakian sejauh 5.5 kilometer dari Kampung Lembah Permai Kundasang ke Pusat Rekreasi Bukit Tinorindak yang diadakan baru-baru ini.

Bukit Tinorindak mempunyai ketinggian kirakira 1,758 meter dari paras laut.

Ini adalah penyertaan paling ramai untuk menyertai program tahunan itu yang disertai penggemar aktiviti lasak dan pendaki bukit.

Sebelum pendakian bermula, peserta digalakkan bersenam dan melakukan regangan otot bagi memudahkan pendakian.

Pendaki melalui denai hutan, sungai dan menemui menggamit pengunjung yang datang.

Seorang peserta dari Kelab Ulun Tokou Dan Padas Extreme Adventure Teddy Raul teruja dengan trail yang mencabar dan keindahan alam semulajadi yang terdapat di situ perlu dijaga dengan baik.

“Ada beberapa kawasan di mana kita perlu berhatihat­i untuk melaluinya,” kata Prisilla Chew dari group RSS Keningau.

Prisilla Chew pertama kali mendaki Nuluh Tinorindak yang akan datang mencuba lagi untuk bersama rakan -rakan lain.

Selain daripada itu seorang lagi peserta, pendaki tegar dari Kaki Radu yang sentiasa menyokong sebarang aktiviti kemasyarak­atan dan pencinta alam semulajadi, Sandra Rachel Bastian berkata, ekosistem di sini perlu dipelihara , pemulihan dan pelindunga­n untuk generasi akan datang.

Secara keseluruha­nya, ramai peserta yang berpuas hati dengan program ini yang dapat menarik penggemar aktiviti lasak saban tahun dari dalam dan luar negara. Selepas mendaki, aktiviti lain yang diadakan ialah acara karaoke dan cabutan tiket bertuah untuk pendaki sebagai cenderamat­a dan kenangan.

Program ini diketuai oleh Azlie Donald dan ahli ahli jawatankua­sa, malim gunung, kru belia Kampung Lembah Permai, JPAM yang bertugas untuk aktiviti ini memantau dan menjaga keselamata­n para pendaki yang terlibat.

Ramai pendaki terlibat daripada pelbagai agensi swasta dan kerajaan, Taman -Taman Sabah (Sabah Park) wakil jabatan kerajaan MDB Ranau, JPAM, RSS Keningau, bomba, kesihatan dan kelab pendaki , Kaki Radu, Hoas community, Hantu Bukit, Kaki Lari,Kelab Ulun Tokou Minsorot team, Group Mangga Manis, Nomburungu­i Hill Train Crew dan Padas Extreme Adventure.

Beliau berharap program ini akan dilakukan setiap tahun untuk pengunjung yang datang.

 ??  ?? spesies periuk kera yang hanya terdapat di Sabah.
Jika berada di puncak bukit, pemandanga­n pekan Kundasang dan Gunung Kinabalu KUMPULAN pendaki di Tinorindak Hill.
spesies periuk kera yang hanya terdapat di Sabah. Jika berada di puncak bukit, pemandanga­n pekan Kundasang dan Gunung Kinabalu KUMPULAN pendaki di Tinorindak Hill.
 ??  ?? PESERTA bergambar sebelum memulakan pendakian.
PESERTA bergambar sebelum memulakan pendakian.
 ??  ?? KUMPULAN Pendaki bersiap mendaki Bukit Tinorindak.
KUMPULAN Pendaki bersiap mendaki Bukit Tinorindak.
 ??  ?? PESERTA merakam gambar kenangan di Tinorindak Hill.
PESERTA merakam gambar kenangan di Tinorindak Hill.
 ??  ?? PESERTA merakam gambar kenangan.
PESERTA merakam gambar kenangan.
 ??  ?? PENDAKI berhenti melepaskan lelah.
PENDAKI berhenti melepaskan lelah.
 ??  ?? ANTARA laluan di Tinorindak.
ANTARA laluan di Tinorindak.
 ??  ?? KUMPULAN Kaki Radu.
KUMPULAN Kaki Radu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia