Utusan Borneo (Sabah)

Barisan juri festival Cannes majoriti wanita dengan ketuanya juga wanita

-

PADA tahun yang digegarkan oleh pergerakan #MeToo, juri di festival filem Cannes yang kini sedang berlangsun­g di Cannes, selatan Perancis terdiri daripada majoriti wanita dan diketuai seorang wanita. Di sini adalah sembilan ahli berkenaan:

- Cate Blanchett -

Pemenang Oscar dua kali dari Australia ini merupakan wanita ke-12 untuk mengetuai panel hakim. Wanita berusia 48 tahun ini telah muncul sebagai tokoh penting dalam usaha Hollywood menentang gangguan seksual.

Blanchett, salah seorang wanita pertama yang menuduh Harvey Weinstein, baru-baru ini turut sama menubuhkan pergerakan ‘Time’s Up’ untuk menyokong mangsa pencabulan.

Dia mencapai kejayaan cemerlang sebagai permaisuri Britain yang berambut merah, Ratu Elizabeth I, dalam biopik pada 1998, yang membolehka­nnya untuk mendapatka­n pencalonan pertama daripada enam pencalonan Oscarnya.

Walaupun dia tidak pernah memenangi apaapa di Cannes, lakonannya dalam ‘Carol’, di mana dia membawa watak salah seorang daripada pasangan kekasih lesbian, membolehka­nnya untuk mendapatka­n reviu yang amat baik sekali pada 2014.

- Chang Chen -

Salah seorang pelakon lelaki paling terkenal di Taiwan, lelaki berusia 41 tahun itu menjadi terkenal dalam filem seni pertahanan diri pada 2000 ‘Crouching Tiger, Hidden Dragon’ arahan rakan senegara Ang Lee.

Dilahirkan ke dalam keluarga pelakon, Chang mendapat watak utama pertamanya pada usia 14 tahun dalam ‘A Brighter Summer Day’, sebuah epik ganas selama empat jam tentang geng-geng jalanan yang berperang.

Dia sudah membintang­i beberapa buah filem berbahasa Cina yang menerima pujian daripada pengkritik termasuk filem arahan Hou Hsiao-hsien ‘The Assassin’, yang memenangi anugerah pengarah terbaik di Cannes pada 2015.

- Kristen Stewart -

Aktres berusia 28 tahun ini sudah lama menjadi kesayangan Cannes, selepas dia muncul dalam pertanding­an utama dalam ‘On the Road’ arahan Walter Salles pada 2012 dan filem arahan Olivier Assayas ‘Clouds of Sils Maria’ dan filem Woody Allen ‘Cafe Society’ pada 2014.

Aktres yang pernah memenangi anugerah ini turut mengadakan tayangan perdana untuk filem pendek pertamanya sebagai pengarah, ‘Come Swim’, di festival itu pada tahun lepas.

Stewart, anak jati Los Angeles, pertama kali dikesan oleh seorang pencari bakat pada usia lapan tahun dan mendapat watak yang membantuny­a mencapai kejayaan cemerlang di samping Jodie Foster dalam filem aksi pada 2002 ‘Panic Room’.

Namun kariernya melakukan lonjakan kuantum apabila, pada usia 17 tahun, dia membawa watak gadis remaja yang murung Bella Swan yang jatuh cinta dengan seorang pontianak dalam filem-filem ‘Twilight’.

- Khadja Nin -

Khadja Nin dari Burundi telah menjadi salah seorang penyanyi-penulis lagu paling diraikan di kawasan yang bertutur dalam bahasa Perancis dengan gabunganny­a yang unik antara ritma Afro-Cuba dengan pop moden.

Dia pernah membuat persembaha­n bersama legenda muzik seperti Montserra Caballe dan Sting, dan bekerjasam­a dengan legenda skrin Perancis, Jeanne Moreau, untuk satu video muzik.

Anak perempuan seorang diplomat dan anak bongsu di kalangan lapan adik beradik itu belajar muzik dari usia awal lagi sebelum dia akhirnya berhijrah ke Eropah.

- Ava DuVernay -

Pengarah, penulis skrip lakon layar, penerbit dan pengedar yang merintis jalan itu, dan mengarah drama hak sivil yang menerima pencalonan Oscar ‘Selma’, merupakan wanita AfrikaAmer­ika pertama untuk mengemudik­an sebuah filem dengan bajet melebihi AS$100 juta (RM380 juta) - ‘A Wrinkle In Time’ pada tahun ini yang dibintangi Reese Witherspoo­n dan Oprah Winfrey.

Dokumentar­i arahan DuVernay yang menerima pencalonan Oscar ‘13th’, tajuk yang diberi sempena pindaan perlembaga­an yang memansuhka­n perhambaan, menawarkan kisah dahsyat mengenai penahanan ramai lelaki kulit hitam di Amerika yang kontempora­ri.

Pada Mac, dia menandatan­gani kontrak untuk membuat filem adiwira blockbuste­r DC Comics ‘The New Gods’.

- Robert Guediguian -

Penerbit dan penulis Perancis, Robert Guediguian, paling terkenal kerana ‘The Young Karl Marx’ dan ‘Marius and Jeannette’ yang menerima pujian mengenai keberanian seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai pekerja daftar keluar di pasar raya.

Dia turut mengarah ‘Le voyage en Armenie’, cerita berlatarbe­lakangkan tanah air nenek moyangnya yang dipuji ramai.

- Lea Seydoux -

Pada usia 32 tahun, Seydoux merupakan salah seorang aktres paling terkenal di Perancis selepas memenangi anugerah Palme d’Or.

Seydoux, yang membintang­i filem daripada pengarah ‘heavyweigh­t’ seperti Quentin Tarantino dan Woody Allen, mungkin paling dikenali audiens global selepas dia berlakon sebagai gadis Bond bersama Daniel Craig dalam filem ‘Spectre’ pada 2015.

Namun ia adalah lakonannya yang penuh perasaan dalam kisah cinta lesbian yang epik arahan Abdellatif Kechiche ‘Blue is the Warmest Colour’, yang anehnya memenangi anugerah Palme d’Or untuk pengarah dan dua pelakon utamanya, yang telah menjadikan­nya paparan tetap di Cannes.

- Denis Villeneuve -

Pengarah dan penulis lakon layar ini, dengan filem baharu bagi filem sains fiksyen klasik ‘Blade Runner 2049’ memenangi dua anugerah Oscar pada tahun ini, merupakan tetamu yang kerap diundang ke festival ini.

Pembuat filem berusia 50 tahun ini tampil buat julung kalinya di Cannes dua dekad lalu dengan ‘August 32nd on Earth’, sebuah drama mengenai seorang model yang menangani krisis kewujudan dengan membuat keputusan untuk mengandung bersama rakan karibnya.

- Andrei Zvyagintse­v -

Pembuat filem dari Rusia bagi filem klasik seperti ‘The Return’ dan ‘Leviathan’ ini dianggap sebagai salah seorang pengarah paling hebat di dunia buat masa sekarang, dan filem terakhirny­a ‘Loveless’ merupakan pilihan pengkritik untuk anugerah Palme d’Or pada tahun lepas.

Ia dipintas di garisan penamat oleh ‘The Square’, tetapi cerita suram mengenai nilai-nilai rosak kelas pertengaha­n pasca Soviet di negara itu kemudian dicalonkan untuk anugerah Oscar dalam kategori filem asing terbaik.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? JURI CANNES: (Atas, dari kiri)) Kristen Stewart, Robert Guediguian, Ava DuVernay, Chang Chen dan Denis Villeneuve, manakala (bawah, dari kiri) Cate Blanchett, Lea Seydoux, Khadja Nin dan Andrey Zvyagintse­v di atas pentas semasa acara pembukaan festival...
— Gambar AFP JURI CANNES: (Atas, dari kiri)) Kristen Stewart, Robert Guediguian, Ava DuVernay, Chang Chen dan Denis Villeneuve, manakala (bawah, dari kiri) Cate Blanchett, Lea Seydoux, Khadja Nin dan Andrey Zvyagintse­v di atas pentas semasa acara pembukaan festival...
 ??  ?? CATE BLANCHETT
CATE BLANCHETT
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia