Utusan Borneo (Sabah)

Pelabur asing dijangka meningkat dengan pembentuka­n kerajaan baharu

Dengan pembentuka­n kerajaan baharu

-

KUALA LUMPUR: Jumlah pelabur asing ke Malaysia dijangka meningkat berdasarka­n keyakinan mereka terhadap kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Yayasan Kajian dan Pembanguna­n Dewan Pembanguna­n Melayu Malaysia (DPMM) Datuk Dr Syed Ali Alattas yang menyokong sepenuhnya pimpinan baharu kerajaan Persekutua­n itu, berkata dengan tadbir urus yang baik, telus serta bebas daripada rasuah memberi kepercayaa­n kepada pelabur asing melabur di negara ini.

“Keyakinan pelabur antarabang­sa terhadap Malaysia dalam pelbagai industri mampu memajukan negara selain memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak muda.

“Mereka (pelabur) tidak akan melabur di negara yang kurang stabil,” katanya kepada Bernama.

Mengulas mengenai manifesto PH, antaranya menghapusk­an Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dan mengembali­kan semula Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST), Syed Ali berkata rancangan tersebut adalah realistik dan mampu dilaksanak­an.

“Dalam 10 tahun yang lalu tanpa GST kita berjaya berbelanja menguruska­n negara dengan baik, kenapa perlu risau jika tiadanya GST?

“Saya yakin Tun Dr Mahathir lebih memahami keadaan serta persekitar­an kerana beliau mempunyai pengalaman, beliau tahu bagaimana menjadikan­nya lebih baik. Jadi kita usahawan ini, perlulah berganding bahu dan bekerja keras membantu meningkatk­an ekonomi negara,” katanya yang juga Pengerusi DPMM Johor.

Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kali kedua malam Khamis, susulan PH memenangi 135 daripada 222 kerusi Parlimen bagi membentuk Kerajaan Persekutua­n yang baharu.

Sementara itu, Pengarah Institut Asia Tasmania Profesor James Chin berkata PH mampu melaksanak­an janji-janji dalam manifesto seperti menghapusk­an GST dan menyediaka­n subsidi bahan api yang disasarkan.

“(Mereka mampu melaksanak­an) kebanyakan­nya. Semua itu boleh dilakukan dengan mudah tanpa birokrasi,” katanya kepada Bernama, sambil menambah bahawa pelantikan Dr Mahathir sebagai perdana menteri ketujuh adalah detik bersejarah bukan sahaja untuk Malaysia tetapi juga di seluruh dunia.

“Berdasarka­n sejarah dunia, saya tidak tahu mengenai pemimpin Asia lain yang boleh kembali berkuasa selepas kira-kira 15 tahun dengan mewakili parti lain melalui kertas undi. Dr Mahathir sebenarnya adalah pemimpin luar biasa,” katanya. - Bernama

“Keyakinan pelabur antarabang­sa terhadap Malaysia dalam pelbagai industri mampu memajukan negara selain memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak muda. Mereka (pelabur) ” tidak akan melabur di negara yang kurang stabil. DATUK DR SYED ALI ALATTAS Pengerusi Yayasan Kajian dan Pembanguna­n Dewan Pembanguna­n Melayu Malaysia (DPMM)

 ?? - Gambar BERNAMA ?? PERDANA MENTERI KE-7: Tun Dr Mahathir Mohamad membaca lafaz Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara malam Khamis.
- Gambar BERNAMA PERDANA MENTERI KE-7: Tun Dr Mahathir Mohamad membaca lafaz Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara malam Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia