Utusan Borneo (Sabah)

Suhakam harap Mahathir lantik kabinet berupaya tangani keperluan tempatan, a’bangsa

-

KUALA LUMPUR: Suruhanjay­a Hak Asasi Malaysia (Suhakam) mengucapka­n tahniah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad atas kemenangan­nya dalam pilihan raya yang bersejarah untuk menjadi perdana menteri ketujuh.

Pengerusi Suhakam, Tan Sri Razali Ismail dalam satu kenyataan pada Khamis berharap semoga Perdana Menteri melantik Kabinet yang mampu menangani keperluan nasional dan antarabang­sa, bukan berdasarka­n pengiraan parti politik.

“Malaysia berharap untuk mempunyai barisan menteri yang memenuhi kriteria bagi tujuan itu dan Suhakam menaruh harapan bagi melaksanak­an pembaikan,” kata beliau.

Razali berkata, Suhakam akan mencari kesempatan pada masa akan datang untuk mengingatk­an Perdana Menteri mengenai janji pilihan raya termasuk komitmen kepada hak asasi mansuai, demokrasi dan kedaulatan undang-undang.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), rakyat telah menekankan bahawa tadbir urus tidak lagi berorienta­sikan elitis tetapi harus meliputi pelbagai pihak berkepenti­ngan, kata beliau.

Razali seterusnya berkata, Suhakam tidak menikmati hubungan yang saling menguatkan dfengan kerajaan dan mahu mewujudkan hubungan yang berfungsi dengan Parlimen termasuk membahaska­n Laporan Tahunan Suhakam.

Suhakam bercadang untuk mengkaji kelemahan dan percanggah­an PRU14 terutama kawalan Suruhanjay­a :Pilihan Raya yang sempit dan tegas yang perlu dirombak, selaras dengan apa yang negara-negara demokrasi yang lain telah lakukan, kata beliau. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia