Utusan Borneo (Sabah)

Mustapa harap k’jaan persekutua­n baharu bersikap adil terhadap Kelantan

-

KOTA BHARU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berharap kerajaan persekutua­n baharu yang dipimpin Pakatan Harapan (PH) akan bersikap adil terutama dalam aspek pembanguna­n negeri itu.

Mustapa, yang juga Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Kelantan berkata ketika BN memerintah, kerajaan persekutua­n ketika itu tidak menganakti­rikan Kelantan dengan menyalurka­n pelbagai peruntukan dan projek bagi menjana pertumbuha­n ekonomi negeri berkenaan.

“Projek-projek yang diluluskan oleh kerajaan sebelum ini seperti projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan terletak di tangan kerajaan baharu tapi saya rasa projek lama yang diluluskan dan sedang dijalankan akan diteruskan kerana peruntukan telah diluluskan.

“Saya berharap agar kerajaan baharu akan bersikap adil terhadap Kelantan kerana kita mundur dari segi pembanguna­n. Projek yang diluluskan sebelum ini adalah untuk rakyat,” katanya pada sidang media pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Bangunan UMNO Kelantan pada Jumaat.

Terdahulu, beliau mengadakan pertemuan dengan Badan Perhubunga­n UMNO Kelantan dan caloncalon BN yang bertanding pada PRU14.

Ditanya adakah BN akan bekerjasam­a dengan PAS sebagai pembangkan­g selepas ini, Mustapa berkata ia terserah kepada pucuk pimpinan parti walaupun beberapa kerjasama terutama membabitka­n hubungan antara persekutua­n dan negeri telah berlangsun­g sebelum ini, selain membabitka­n hal berkaitan Islam.

“Dalam politik belum ada pertemuan dan belum ada apa-apa usaha atau inisiatif ke arah itu,” katanya. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia