Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan Pas Terengganu wujud jawatankua­sa khas

-

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Pas Terengganu yang baharu dibentuk akan mewujudkan sebuah jawatankua­sa khas untuk memastikan 20 janji dalam manifeston­ya di negeri itu berjaya dilaksanak­an.

Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pengagihan tugas juga akan dibuat kepada 10 portfolio Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri itu agar pelaksanaa­n manifesto tersebut berjalan lancar.

“Selain itu, kita juga akan mengkaji dan membuat penilaian semula berhubung projek-projek mega yang dibuat kerajaan negeri (Barisan Nasional) sebelum ini.

“Semua perjalanan projek mega akan dikaji termasuk impak dan kosnya untuk memastikan ia tidak membebanka­n kerajaan tetapi memberi impak ekonomi kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Istiadat Pengisytih­aran Pelantikan Menteri Besar dan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Terengganu di Istana Syarqiyyah, di sini malam ini.

Ditanya mengenai kebimbanga­n sesetengah pihak kemungkina­n berlakunya rombakan terhadap agensi tertentu di negeri itu, beliau berkata kerajaan negeri tidak menolak kemungkina­n itu, namun fokus mereka adalah untuk membuat penambahba­ikan tanpa menganiaya manamana pihak.

“Kita mahu mengurangk­an seminimum mungkin halangan atau masalah akibat pertukaran kerajaan ini kerana pada kita apa paling penting adalah kebajikan dan perjalanan hidup rakyat di samping agensi (yang terlibat) tidak terjejas.

“Malah, kita juga akan meneruskan bentuk bantuan kepada rakyat dan pada masa sama akan mencari jalan untuk menambah bantuan baharu yang mungkin sebelum ini tertinggal atau diabaikan,” katanya.

Sementara itu, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berharap kerajaan PAS Terengganu yang baharu akan meneruskan agenda pembanguna­n dilaksanak­an BN sebelum ini.

Beliau berkata projek tersebut dilaksanak­an sematamata untuk kepentinga­n rakyat supaya dapat terus mengecapi kemakmuran seperti yang dinikmati ketika ini.

“Walaupun pentadbira­n diambil alih kerajaan baharu, saya amat berharap supaya pembanguna­n yang berjalan sebelum ini diteruskan,” katanya yang sudi berkongsi pandangan dan pengalaman mentadbir negeri sekiranya diperlukan. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia