Utusan Borneo (Sabah)

BN Perak cukup kerusi bentuk kerajaan, bakal menghadap sultan

-

IPOH: Barisan Nasional (BN) Perak yang kini mempunyai jumlah kerusi yang mencukupi bagi membentuk kerajaan negeri, akan memohon menyembah maklum dan mendapatka­n perkenaan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Dalam satu kenyataan, Pengerusi BN Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata pada Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14), tiada parti yang bertanding memperoleh jumlah kerusi majoriti mudah bagi membolehka­n pembentuka­n kerajaan negeri.

Beliau berkata BN memperoleh 27 kerusi manakala beberapa parti yang bertanding di bawah PKR pula memperoleh 29 kerusi dan PAS memperoleh tiga kerusi.

“Bagaimanap­un sukacita saya ingin memaklumka­n bahawa BN telahpun mempunyai jumlah kerusi yang mencukupi membentuk Kerajaan Negeri Perak.

Justeru, saya akan memohon untuk menghadap Sultan Perak bagi menyembah maklum akan kedudukan terkini dan mendapatka­n perkenaan untuk membolehka­n Kerajaan Negeri Perak bagi Penggal Ke-14 dibentuk sesuai dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak,” katanya.

Kenyataan Zambry itu dibaca oleh Pengarah Komunikasi dan Media Pejabat Menteri Besar Perak, Nizamuddin Mat Isa di sini malam Khamis.

“Pejabat Menteri Besar akan mengeluark­an kenyataan jika terdapat terdapat apa-apa maklumat terbaru mengenai perkara itu,” katanya lagi.

Sehingga kini, Perak tidak membentuk kerajaan negeri berikutan tiada manamana parti yang bertanding mendapat majoriti mudah 30 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia