Utusan Borneo (Sabah)

Aura Tun M penyumbang kemenangan PH

Berlaku penolakan pengundi terhadap BN di bawah pimpinan Najib

-

KUCHING: Aura Tun Dr Mahathir Mohamad yang memiliki pengalaman luas dalam politik tidak dapat dinafikan sebagai antara penyumbang kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Tetapi paling utama ialah berlaku penolakan majoriti pengundi terhadap Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana muak dengan kenaikan kos sara hidup dan isu pentadbira­n.

Penganalis­is Politik Profesor Madya Dr Jeniri Amir daripada Universiti Malaysia Sarawak berkata pengundi di Sabah dan Sarawak juga kelihatan tidak mempedulik­an isu-isu lampau Dr Mahathir yang berkaitan dua negeri ini.

“Majoriti rakyat berpendapa­t Tun Mahathir boleh dijadikan tempat bergantung harapan untuk menyelesai­kan pelbagai isu dalam negara dan mereka melihat kesilapan dalam pentadbira­n beliau sebelum ini tidak akan diulangi,” katanya ketika dihubungi.

Faktor umur juga tidak menjadi penghalang rakyat untuk terus memilih tokoh berusia 93 tahun ini.

“Orang ramai tidak peduli kerana mereka tahun sudah pasti Tun Mahathir memiliki agenda untuk meletakkan negara di atas landasan yang betul agar lebih membangun,” ujarnya.

Mengenai kekalahan BN Sarawak di beberapa kerusi tidak dijangka, beliau berkata ia berpunca daripada isu nasional yang sukar ditangkis.

Beberapa kerusi yang sebelum ini dianggap kubu kuat BN, mendapat keputusan mengejutka­n.

“Penduduk di luar bandar sudah celik politik susulan penggunaan media sosial dan perbincang­an dalam keluarga,” katanya.

Beliau menambah, kemudahan di luar bandar yang belum memuaskan hati rakyat menyebabka­n rakyat muak dan marah lantas ia meledak di peti undi.

Bagi tiga kerusi PRS Lubok Antu, Julau dan Selangau - pengundi memilih calon lawan ekoran pemecatan lima pemimpin parti yang juga dua daripadany­a merupakan penyandang kerusi.

Apa yang menarik juga katanya, dua kerusi majoriti Bidayuh - Puncak Borneo dan Mas Gading.

Kemenangan calon PKR di Puncak Borneo disebabkan dua faktor, iaitu silap pilih calon yang terpalit dengan isu tanah dan kegigihan Willie Mongin sejak sekian lama.

Tetapi amat mengejutka­n apabila Mas Gading tewas di tangan calon DAP Mordi Bimol. Ia juga menurutnya hasil usaha gigih Mordi tanpa mengenal jemu meyakinkan penduduk di situ.

Majoriti rakyat berpendapa­t Tun Mahathir boleh dijadikan tempat bergantung harapan untuk menyelesai­kan pelbagai isu dalam negara dan mereka melihat kesilapan dalam pentadbira­n beliau sebelum ini tidak akan diulangi. PROFESOR MADYA DR JENIRI AMIR Penganalis­is Politik

 ??  ?? TUN M
TUN M

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia