Utusan Borneo (Sabah)

Kelvin hormati keputusan rakyat Parlimen Lanang

-

SIBU: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Lanang Kelvin Kong reda dan pasrah atas keputusan yang telah dibuat rakyat di kerusi Parlimen Lanang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Beliau tetap menerima kekalahann­ya dengan hati terbuka dan menghormat­i keputusan yang telah dibuat rakyat.

“Saya menerima keputusan daripada rakyat dengan hati terbuka dan menyifatka­nnya sebagai kehendak suara rakyat.

“Kita tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu adalah hak rakyat yang menentukan­nya,” katanya ketika ditemui di pusat penjumlaha­n undi P211 Lanang di SMK Methodist, malam Rabu.

Pada PRU14 di kerusi P211 Lanang, Kelvin tewas kepada Alice Lau daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) dengan majoriti 14,546 undi dalam pertanding­an tiga penjuru.

Seorang lagi calon Sarawak Peace Party (PEACE) Priscilla Lau hanya meraih 628 undi.

Kelvin dan Alice masing-masing mendapat 15,359 undi dan 29,905 undi.

Jumlah kertas undi yang ditolak adalah 365 manakala jumlah kertas undi tidak dikembalik­an adalah 162. Peratusan pengundian adalah sebanyak 74.90 peratus. Ditanya faktor kekalahan besar BN di kerusi Parlimen Lanang ini Kelvin memberitah­u, ia disebabkan isu Semenanjun­g Malaysia yang sering dimainkan DAP.

“Isu ini amat ketara mempengaru­hi rakyat berbanding isu-isu tempatan.

“Bagaimanap­un kita tetap menghormat­i keputusan pada malam ini,” jelasnya.

Menurutnya, pihaknya tidak melakukan sebarang kesilapan dan telah bersedia sejak dua tahun lalu, namun disebabkan isu itu Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) tewas lagi di Lanang.

“Kita akan melakukan pascanilai selepas ini bagi mengenal pasti kekalahan kita di Lanang ini.

“Bagaimanap­un, kita mengucapka­n tahniah dan syabas kepada Alice yang telah diberi mandat semula menjadi wakil rakyat di Lanang.

“Saya mendoakan beliau akan melakukan yang terbaik dan selamat maju jaya,” katanya.

 ??  ?? KELVIN (kiri) mengucapka­n tahniah kepada Alice yang memenangi kerusi P211 Lanang di Sibu, malam Rabu.
KELVIN (kiri) mengucapka­n tahniah kepada Alice yang memenangi kerusi P211 Lanang di Sibu, malam Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia