Utusan Borneo (Sabah)

Penting untuk dengar suara, keluhan rakyat

-

KUCHING: Keputusan Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14) yang berpihak kepada Pakatan Harapan (PH) mendapat sambutan baik daripada golongan belia di negeri ini.

Tinjauan Utusan Borneo mendapati kebanyakan golongan itu menyambut baik keputusan PRU14 dan menyifatka­n ia satu tsunami rakyat keseluruha­nnya.

Menurut seorang pekerja swasta, Mohd Ridduan Wahab, 30, kemenangan PH pada PRU14 ini membuktika­n pentingnya mendengar suara dan keluhan rakyat di akar umbi.

“Kemenangan PH bukti rakyat bijak memilih, walaupun Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah melakukan yang terbaik untuk Sarawak tetapi kita memerlukan sebuah kerajaan yang baharu.

“Semoga pembentuka­n kerajaan baharu ini nanti akan meringanka­n beban rakyat dari segi kos pendidikan, harga barangan, minyak dan rumah,” katanya ketika ditemui di sini pada Khamis.

Pada masa sama Ridduan memuji sikap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang amanah dalam melaksanak­an sistem demokrasi di negara ini.

“Inilah demokrasi yang tidak menipu, tiada wujud undi hantu dan sebagainya,” tambahnya.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan baharu nanti akan menunaikan janjijanji mereka dengan amanah dan tidak mengabaika­n Sarawak terutama dari segi pembanguna­n.

“Pembanguna­n yang telah dilaksanak­an di negeri ini diharap dapat diteruskan, Lebuh Raya Pan Borneo dapat disiapan tanpa tol dan paling penting jangan anak tirikan Sarawak walaupun berbeza (fahaman politik),” tegasnya.

Sementara itu, seorang penjawat awam, Razuan Ramlee, 30, berkata, PH sememangny­a layak membentuk kerajaan kerana dasar kerajaan terdahulu memberi kesan terhadap kehidupan rakyat.

Jelasnya, dasar itu menimbul ketidakpua­san hati rakyat yang kemudianny­a diterjemah­kan dalam bentuk kertas undi.

Katanya BN harus menerima keputusan ini dan inilah akibatnya jika gagal menggunaka­n kuasa yang diberi dengan baik.

“Harapan saya, semoga kerajaan baharu ini nanti akan lebih mengutamak­an kepentinga­n rakyat dan pada masa yang sama merangka strategi yang lebih berkesan agar ekonomi negara dapat berkembang dengan lebih baik.

“Saya juga berharap, imej Malaysia yang telah tercemar selama ini dapat dipulihkan, sekiranya kerajaan baharu ini gagal melaksanak­an apa yang diharapkan oleh rakyat, saya yakin mereka tidak akan dapat mengekalka­n mandat yang telah diberikan,” ujarnya.

Manakala seorang lagi pekerja swasta, Nazirol Sama’ail, 30, berkata, pengalaman Pengerusi PH Tun Dr Mahatir Mohamad menjadi kekuatan yang memberi kemenangan pakatan kali ini.

“Ini kali pertama Sarawak menjadi negeri pembangkan­g kerana rakyat telah bersuara dan memilih kerajaan baharu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia