Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat Dayak bukan lagi deposit tetap BN: Baru

-

KUCHING: Kemenangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kerusi luar bandar dan separa bandar membuktika­n bahawa masyarakat Dayak bukan lagi deposit tetap Barisan Nasional (BN).

Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian (gambar) berkata, PKR di bawah Pakatan Harapan bukan sahaja menang di Selangau tetapi di Puncak Borneo, Saratok dan Mas Gading.

“Kemenangan ini membuktika­n beberapa perkara iaitu pertama sekali, ia membuktika­n bahawa kritikan terhadap kami adalah salah.

“Ramai yang menyatakan masyarakat Dayak adalah deposit tetap BN dan mereka dapat dibeli dengan mudah.

“Kita telah menunjukka­n tsunami politik sudah sampai ke pedalaman Borneo di Selangau,” katanya menerusi kenyataan media yang dikeluarka­n pada Rabu.

Tambah Baru yang merupakan Ahli Parlimen baharu untuk kerusi Parlimen Selangau berkata, penduduk luar bandar di Sarawak semakin matang dalam politik dan rakyat telah menunjukka­n pemahaman yang mengagumka­n mengenai apa sedang berlaku di negara ini.

“Rakyat di Selangau banyak mengingatk­an saya kepada rakyat di Ba’Kelalan di mana mereka dapat memahami perkembang­an politik serta mempamerka­n kecenderun­gan ke arah perubahan untuk menjadi sebahagian daripada kebangkita­n yang telah berlaku di seluruh negara dan membawa kelainan kepada landskap politik di Malaysia,” katanya.

Baru yang memenangi kerusi Parlimen Selangau dengan meraih majoriti 486 undi sekali gus menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Rita Sarimah Patrick Insol pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) berkata, beliau sangat terharu dengan keputusan itu.

“Sesungguhn­ya kemenangan ini ialah keputusan cemerlang bagi kami. Ke mana sahaja saya pergi, sambutan adalah begitu positif sekali. Orang ramai amat teruja dan ingin mendengar mesej dan janji PH,” katanya.

Beliau berkata, sokongan dan jaminan yang rakyat di Selangau berikan amat bermakna baginya kerana beliau bukan orang tempatan yang telah menawarkan diri untuk menjadi Ahli Parlimen mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’Kelalan itu turut berkata, ramai orang terutama daripada pihak BN menyatakan isu tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) tidak lagi relevan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia